i Vision Dee model kereta digital boleh bercakap keluaran BMW
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: "Helo Singapura! Saya gembira akhirnya dapat berjumpa dengan anda! Nama saya Dee."
Percaya atau tidak, kata-kata di atas ini diungkapkan oleh sebuah kereta. Ya, kereta!
Ia bukan kereta dalam siri animasi kanak-kanak. Sebaliknya, ia adalah satu kemungkinan...pada satu hari nanti.
i Vision Dee BMW adalah cetusan ilham syarikat itu bagi kereta keluarannya pada masa akan datang.
Jadi, jika anda pernah membayangkan atau melihat kereta yang boleh bercakap menerusi filem-filem di pawagam, ini bakal anda lihat sendiri di jalan-jalan raya mungkin tidak lama lagi.
i Vision Dee merupakan kereta boleh bercakap yang mahu diuji oleh syarikat pembikin kereta dari Jerman itu.
Ia menunjukkan bagaimana sebuah kereta peribadi digital boleh lebih interaktif dan responsif.
Keputusan BMW untuk membawa i Vision Dee ke Singapura untuk dipamerkan adalah disebabkan prasarana teknologi yang kukuh di sini.
Menurut syarikat itu, Singapura merupakan lokasi ideal bukan setakat untuk mempamerkan konsep terbaru tersebut tetapi juga menguji model berkenaan di jalan raya.
"Ia amat membantu bahawa ketersambungan internet sangat baik, prasarananya baik dan teknologinya antara yang paling baru.
"Jumlah data yang melalui kereta-kereta hari ini sangat besar, jika dibandingkan dengan sedekad lalu. Pada masa akan datang, ia akan menjadi lebih besar.
"Anda mahu pastikan aliran data melalui teknologi yang diperlukan. Maka Singapura adalah terbaik dalam konteks ini," kata Pengarah Urusan BMW Group Asia, Lars Nielsen.
Sebagai sebuah model kereta digital sepenuhnya, ia memberi reaksi kepada pemandunya dan sekitarannya menerusi kuasa AI (kecerdasan buatan) generatif.
Ciri yang paling menarik i Vision Dee boleh disingkap sebaik sahaja anda duduk di kerusi pemandu.
Ia dipanggil 'mixed reality slider'. Hanya dengan menyentuh bahagian tengah konsol, pemandu boleh menukar apa yang dapat dilihat pada skrin paparan.
Dari maklumat asas pemanduan sehingga ke kaleidoskop realiti terimbuh atau 'augmented reality' (AR).
Menurut salah seorang pereka bersama i Vision Dee, Matthias Junghanns, teknologi-teknologi tersebut mencerminkan perubahan sikap pemandu terhadap kereta mereka.
"Kami melihat perkara ini sebagai satu trend yang akan berlaku dan kukuh dalam begitu banyak pasaran penting di dunia, bahawa kereta menjadi tempat tinggal kedua anda. Pemandu cenderung menghabiskan lebih banyak masa dalam kereta.
"Kami ada pasaran di mana pemandu meluangkan sejumlah minit sehari dalam kereta, bagi sebab-sebab yang berbeza," jelas Encik Junghanns.
Beliau menambah beberapa teknologi itu mungkin ada pada model-model BMW mulai 2025.
Apabila itu berlaku, ia akan mengubah pengalaman memandu, menjangkaui perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

Sumber : CNA/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.