Skip to main content

Singapura

Hyundai, Komoco & ITE meterai perjanjian latih teknisyen kenderaan elektrik

Dalam usaha S'pura menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam, sehingga 10 pelajar ITE akan mendapat tawaran untuk menjalani latihan bekerja di Hyundai Motor dan Komoco Motors sambil belajar setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam usahanya menggalak penggunaan kenderaan mesra alam, Singapura sedang membangunkan bakat-bakat teknisyen untuk menyenggarakan kenderaan elektrik (EV).

Syarikat pengeluar kereta Korea Selatan Hyundai Motor, pengedar Komoco Motors serta Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada Selasa (20 Sep) memeterai perjanjian untuk melatih "pakar-pakar EV" bagi tempoh lima tahun.

Sehingga 10 pelajar ITE akan mendapat tawaran untuk menjalani latihan bekerja sambil belajar di kedua-dua syarikat tersebut setiap tahun.

Mereka akan berpeluang mempelajari bagaimana memperbaiki dan menyelenggarakan kenderaan elektrik voltan tinggi.

Biasiswa dan hadiah buku juga akan dianugerahkan.

Bagi pihak ITE, pensyarah-pensyarahnya akan ditempatkan di kedua-dua syarikat, seiring dengan rancangannya untuk menawarkan kursus elektif baru bagi pelajar sepenuh masa dan pelajar dewasa.

"Sistem voltan tinggi pada asasnya merangkumi bateri voltan tinggi dan sistem kawalan canggih yang tidak terdapat dalam kenderaan biasa sekarang ini. Oleh itu kemahiran-kemahiran tambahan tentunya diperlukan.

"Dan disebabkan sifat voltan tinggi itu sendiri, ada bahaya-bahayanya. Jadi, kritikal bagi teknisyen yang mahu memperbaiki atau menyelenggarakan kenderaan elektrik atau kenderaan hibrid untuk menyedari apa bahayanya. Memahami sistem voltan tinggi supaya mereka dapat melakukan tugas dengan cara yang selamat bukan sahaja bagi mereka, tetapi bagi orang-orang di sekeliling mereka juga," kata Pengurus Kursus Kejuruteraan Automotif di ITE Kolej Barat, Gregory Lim.
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita