Hwa Chong nafi tegur atau hukum pelajar bangkitkan kontroversi makanan kantin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hwa Chong Institution menafikan dakwaan bahawa pihaknya menegur atau menghukum pelajar yang bercakap kepada media mengenai program baharu kantin sekolah itu. Pihak sekolah menyatakan mesej amaran daripada seorang guru yang melarang pelajar terlibat dalam kontroversi itu dihantar "atas dasar bimbang" terhadap kesejahteraan mereka.
Sekolah itu mengeluarkan kenyataan pada Khamis malam (8 Jan) selepas khabar angin tersebar di media sosial dan kumpulan WhatsApp ibu bapa yang mendakwa sembilan pelajar dikenakan mata demerit kerana bersuara mengenai isu mutu makanan.
Kontroversi itu meletus apabila gambar-gambar yang dimuat naik ke platform Reddit pada 3 Januari menunjukkan hidangan nasi, sayur, dan protein di atas bekas berwarna firus (turquoise). Gambar tersebut menarik kritikan hebat daripada warga siber yang mempersoalkan sama ada makanan itu memenuhi piawai pemakanan dan mutu yang ditetapkan.
Apabila Mediacorp menemu bual sembilan pelajar di luar sekolah pada pagi Rabu, mereka mengesahkan bahawa gambar-gambar tersebut adalah tepat, sekali gus bercanggah dengan pihak sekolah yang menyatakan gambar tersebut tidak menggambarkan mutu makanan sebenar.

MESEJ AMARAN TULAR
Selepas laporan Mediacorp dan media lain diterbitkan, satu tangkapan skrin yang dipercayai adalah mesej daripada seorang guru mula tular. Mesej itu memberi amaran kepada pelajar agar "tidak terlibat dengan kontroversi makanan kantin".
"Tolong jangan sebarkan gambar, mesej, dan catatan media sosial - kita tahu apa akibatnya. Simpan pendapat anda untuk diri sendiri," bunyi mesej itu, sambil menambah bahawa pelajar memerlukan kebenaran ibu bapa dan sekolah untuk sebarang wawancara media.
Mesej tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan pengulas online tentang sama ada pelajar dihalang daripada menyuarakan kebimbangan yang munasabah.

PENJELASAN PIHAK SEKOLAH
Membalas pertanyaan Mediacorp, jurucakap sekolah mengakui mesej itu dihantar oleh seorang guru dalam kumpulan sembang kelas, tetapi berkata ia dibuat untuk mengingatkan pelajar supaya bertanggungjawab dalam aktiviti online.
"Peringatan itu bukan bertujuan menghalang pelajar daripada berkongsi pandangan atau memberi maklum balas melalui saluran yang betul, dan tiada pelajar yang dihukum atau ditegur kerana menyuarakan pendapat mereka," tambah jurucakap itu.
Pihak sekolah berkata ia akan bekerjasama dengan guru-guru untuk memastikan mesej kepada pelajar "disampaikan dengan jelas".
Program makanan baharu itu adalah sebahagian daripada model kantin hibrid yang dilancarkan pada 2 Januari dengan kerjasama SATS. Ia direka untuk mengatasi masalah barisan panjang semasa waktu rehat dan menangani kekurangan tenaga kerja dalam operasi kantin.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.