Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hwa Chong gantung tugas kaunselor yang buat pembentangan berunsur diskriminasi di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
Hwa Chong gantung tugas kaunselor yang buat pembentangan berunsur diskriminasi di sekolah

(Gambar:Ruyi Wong)

Diterbitkan : 03 Aug 2022 02:47PM Dikemas Kini : 04 Aug 2022 11:37AM
SINGAPURA: Kaunselor Institusi Hwa Chong, yang membuat penyampaian berkandung dakwaan-dakwaan bersifat diskriminasi terhadap masyarakat LGBTQ, sudah digantung daripada semua tugas.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing memberi kemas kini ini pada Selasa (2 Ogos) menerusi jawapan bertulisnya sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Hazel Poa dan AP Xie Yao Quan (PAP-Jurong).

Insiden yang berlaku pada bulan lalu itu melibatkan seorang anggota kakitangan Hwa Chong yang membuat penyampaian mengenai seksualiti tetapi salah satu slaidnya penuh dengan kandungan-kandungan berunsur diskriminasi.

Antara lain, individu berkenaan mendakwa bahawa “58 peratus homoseksual mengalami masalah cacing dalam usus” dan “satu daripada setiap 15 homoseksual adalah pedofil”.

Hwa Chong menjelaskan pada 18 Julai bahawa kandungan yang disampaikan itu tidak ada dalam skop kurikulum pendidikan seksualiti Kementerian Pendidikan (MOE)dan semua pandangan yang dibentangkan adalah murni perspektif peribada kaunselor terbabit.

Sekolah itu kemudian menyatakan bahawa pihaknya sudah menegur dan menggantung kaunselor tersebut daripada menyampaikan sebarang kelas pendidikan seksualiti.

Pada Selasa, Cik Poa bertanya jika tugas kaunselor itu dikekalkan. Beliau juga bertanya jika ada langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan demi memastikan insiden tersebut tidak berulang lagi.

“Menyusuli insiden tersebut, kaunselor sekolah berkenaan, yang merupakan kakitangan Institusi Hwa Chong, sudah digantung daripada semua tugas, sedang lembaga kakitangan sekolah menjalankan siasatan lanjut,” kata Encik Chan.

Para pelajar dan ibu bapa sudah diberi jaminan bahawa pandangan yang disuarakan kaunselor itu tidak mencerminkan pendirian sekolah, tambah beliau.

“Sekolah itu juga sudah menekanan tentang peri pentingnya bersikap saling hormat-menghormati dan mengambil berat tentang satu sama lain dalam sesebuah sekolah,” ulas Encik Chan lagi.

Encik Xie pula bertanya jika MOE dimaklumkan tentang sekiranya ada pelajar yang terjejas oleh kenyataan-kenyataan kaunselor tersebut lalu tampil untuk meminta sebarang bentuk sokongan. AP Jurong itu turut mengajukan soalan mengenai bila MOE dijangka menggulung siasatan bagi kes ini.

Encik Chan menjawab Hwa Chong sedang meneliti jika ada pelajar yang mungkin terjejas oleh insiden berkenaan.

"Guru-guru sentiasa teliti dalam memantau kebajikan para pelajar masing-masing. Mereka yang mempunyai kebimbangan atau memerlukan bantuan digalak supaya mendekati para pemimpin sekolah atau individu dewasa yang dipercayai di sekolah," jawabnya.

"Sekolah itu juga sedang menyemak semula proses-prosesnya demi memastikan ia selaras dengan kurikulum dan garis panduan MOE."
Sumber : CNA/AQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan