Hutang kad kredit tertunggak di SG cecah S$9 bilion pada suku ke-3, paras tertinggi dalam sedekad
Jumlah baki hutang kad kredit yang belum dilunaskan di Singapura mencecah S$9 bilion iaitu paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Jumlah baki hutang kad kredit yang belum dilunaskan di Singapura mencecah S$9 bilion iaitu paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Sekurang-kurangnya, sebuah pusat kaunseling kewangan menyaksikan kenaikan sebanyak 13 peratus dari tahun ke tahun pada jumlah individu yang memohon khidmatnya bulan ini.
Ada yang mungkin tergoda dengan pelbagai tawaran berbelanja pada hujung tahun, tetapi data terkini menunjukkan bahawa ramai yang berbelanja di luar kemampuan mereka.
Menurut SingStat, baki kad kredit rakyat Singapura yang dikumpulkan ke bulan seterusnya meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Malah, trend itu terus meningkat pada setiap suku sejak 2021.
Seorang penganalisis berkongsi, ia mungkin menggambarkan tekanan kewangan yang semakin dihadapi rakyat Singapura di tengah-tengah kos yang kian meningkat.
"Masyarakat memberi penekanan untuk memiliki barang-barang prestij tertentu. Juga, mungkin ramai percaya bahawa mempunyai hutang, membuat pinjaman untuk membeli barang tertentu, terutama sekali barang mahal, adalah satu tingkah laku kewangan yang sihat.
"Orang ramai terus membuat pinjaman dan mengumpul hutang kecil sebegini, dan akhirnya apabila sudah menimbun, mereka sedar tidak boleh tangani semua komitmen kewangan yang sudah dilakukan," kata Zamil Penyelidik di Makmal Sosial Institut Pengajian Dasar NUS, Dr Teo Kay Key.
Dr Teo menambah bahawa dengan meningkatnya kaedah pembayaran tanpa wang tunai, ramai yang mungkin tidak menyedari dengan jelas, berapa banyak mereka berbelanja.
Menurut sebuah pusat kaunseling kewangan, pertanyaan bagi khidmatnya naik 13 peratus pada bulan ini, berbanding setahun lalu.
Adullam Life Counselling menyatakan bahawa trend itu adalah membimbangkan terutama sekali kerana ramai yang meminta bantuan hanya apabila keadaan tidak lagi dapat dikawal.
Malah, lebih ramai yang berhutang merupakan golongan muda.
"Malah, kumpulan usia terbesar kini adalah dalam lingkungan 30an hingga 40an. Sebelum ini, lazimnya mereka yang berusia 40an, 50an dan 60an.
"Tetapi kini, kumpulan usia terbesar sebenarnya adalah antara 30an hingga 40an. Saya fikir ini kerana generasi muda lebih digalakkan untuk berhutang dan bergantung pada model langganan dengan komitmen berulang.
"Ini menggalakkan mereka untuk berbelanja lebih dan menggunakan kredit untuk menikmati gaya hidup yang mereka idamkan. Kemudian, keadaan menjadi semakin buruk," kata Pengurus Adullam Life Counselling, Jean Lee.
Cik Lee berharap, semakin ramai belia diberi pendedahan supaya lebih celik kewangan, terutama sebelum mereka mula menggunakan kad kredit agar tidak dikelilingi hutang.

Sumber : CNA/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.