Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Huraian sunting video AI Mediacorp, Cabaran Wartawan Muda diiktiraf di Anugerah Media Global INMA

Anggaran Waktu Membaca:
Huraian sunting video AI Mediacorp, Cabaran Wartawan Muda diiktiraf di Anugerah Media Global INMA

Timbalan Ketua Editor, Digital CNA Chung Lyn-Yi dan Editor Penyelia Digital Cina, Han Weiding.

Diterbitkan : 27 May 2023 02:31PM Dikemas Kini : 27 May 2023 02:32PM
NEW YORK: Mediacorp diberi pengiktirafan di Anugerah Media Global di New York, anjuran Persatuan Media Berita Antarabangsa (INMA).

Ia bagi projek kecerdasan buatan (AI) yang memotong secara automatik laporan video daripada buletin berita CNA lalu menerbitkannya secara online dalam masa beberapa minit selepas ia disiarkan di televisyen.

Projek yang diberi nama AI SmartCut itu memenangi anugerah perak bagi Inovasi Terbaik dalam Transformasi Bilik Berita pada Jumaat (26 Mei).

AI SmartCut, sebuah huraian AI yang dibangunkan khas oleh Mediacorp, Voice Interaction dan Qvest, menggunakan pengecaman suara serta pemprosesan bahasa semula jadi untuk mengenal pasti video berita dan wawancara.

Ia disunting secara automatik sebagai klip berita dan disertakan ke dalam sistem pengurusan kandungan CNA bagi melaksanakan penerbitan dengan mudah di laman, aplikasi dan saluran YouTube CNA.

Huraian AI itu menggantikan proses yang memerlukan banyak tenaga buruh, sekali gus memberikan para penyunting CNA lebih banyak masa untuk melakukan lebih banyak tugas kewartawanan yang menambah nilai.

Ini selain memberi para pembaca pengalaman media yang lebih diperkaya apabila melungsuri portal berita CNA.

Mengucapkan tahniah kepada pasukan daripada CNA atas anugerah global tersebut, Ketua Editor Mediacorp Walter Fernandez berkata: "Pasukan AI bilik berita telah melaksanakan usaha inovasi dengan rakan-rakan kongsi teknologi dari seluruh dunia untuk mereka, membina dan menyesuaikan alat AI bagi memperbaiki kecekapan aliran kerja, menghapuskan kerja biasa dan melengkapkan wartawan dengan keupayaan baru dalam bidang-bidang seperti transkripsi, terjemahan, teks, suara, video dan pengesahan."

Mediacorp juga memenangi anugerah perak di Anugerah Media Global INMA bagi Penggunaan Terbaik sebuah Acara untuk Membina Jenama Berita.

Ini bagi Cabaran Berita Wartawan Muda 2022 anjuran 8world, yang merupakan satu pertandingan di mana para pelajar sekolah menengah menghasilkan laporan berita dalam bentuk video.
Sumber : CNA/AY/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan