Skip to main content

Singapura

Huraian perlindungan tepi pantai antara keprihatinan utama dalam dialog anjuran PUB

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Huraian mengenai perlindungan kawasan tepi pantai dan kesan melaksanakannya.

Itulah antara perkara yang dibangkitkan oleh 80 rakyat Singapura yang menghadiri satu dialog anjuran agensi air kebangsaan (PUB).

Dialog itu adalah yang pertama di bawah satu siri mendekati masyarakat.

Semasa sesi tersebut, para peserta membincangkan mengenai masa depan prasarana tepi pantai Singapura dan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan paras air laut yang kian meningkat.

Selain itu, mereka juga membincangkan tentang usaha menyepadukan langkah-langkah perlindungan tepi pantai ke dalam persekitaran, serta cara-cara untuk mempelbagaikan penggunaannya.

Dengan maklum balas yang diterima, PUB akan memperbaiki rancangannya untuk melindungi kawasan Bandar-East Coast.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita