Huraian dua negara satu-satunya jalan capai keamanan berkekalan: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Lawrence Wong)
SINGAPURA: Singapura akan mengiktiraf sebuah negara Palestin apabila terbentuk sebuah pemerintah yang berkesan serta yang menerima hak Israel untuk wujud dan secara mutlak menolak pengganasan.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata demikian dalam catatan Facebooknya pada Isnin (22 Sep) sambil merujuk kepada ucapan beberapa menteri mengenai keadaan di Timur Tengah pada hari pertama parlimen bersidang.

Pada hari pertama parlimen bersidang (22 Sep), Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim dan Menteri Negara Kanan Ehwal Luar Sim Ann menyampaikan Kenyataan Menteri mengenai situasi di Timur Tengah.
Dalam ucapannya di Parlimen, Dr Balakrishnan berkata Singapura akan menimbangkan semula pendiriannya untuk mengiktiraf negara Palestin jika keadaan di Gaza terus bertambah teruk, atau jika Israel mengambil langkah untuk menolak huraian dua negara.

Merujuk kepada ucapan oleh Dr Balakrishnan, PM Wong berkata elemen pengganas dari kedua-dua pihak menjejas prospek huraian dua negara.
"Ini sebabnya mengapa Singapura memutuskan untuk mengenakan sekatan bersasar terhadap pemimpin kumpulan atau pertubuhan berhaluan kanan yang radikal atas tindakan ganas terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat," kata PM Wong.
Semasa menyampaikan Kenyataan Menteri mengenai situasi di Timur Tengah, Dr Faishal berkata beliau memahami bahawa soalan sama ada Singapura harus bertindak untuk mengiktiraf negara Palestin berada dalam benak fikiran rakyat Singapura.
"Itu sentiasa menjadi pendirian Singapura untuk memastikan keamanan yang berkekalan bagi rakyat Israel dan Palestin. Ia bukan soal jika, tetapi bila.
"Kita mungkin tidak mengiktiraf Palestin sekarang, tetapi saya ingin menjelaskan kepada rakyat Singapura bahawa kami bukan sekadar - dan tidak akan - hanya berpeluk tubuh terhadap tragedi yang sedang berlaku di Gaza," kata Dr Faishal dalam ucapannya.

PM Wong menambah, situasi di wilayah itu masih berubah-ubah dan Singapura sedang memantau sebarang perkembangan dengan teliti.
PM Wong juga berkata Singapura akan melakukan bahagiannya untuk mengekalkan prospek huraian dua negara.
Singapura, menurut PM Wong, akan terus menghulurkan bantuan kepada Gaza melalui cara-cara yang praktikal.
"Bantuan kemanusiaan dan sokongan perubatan lebih S$24 juta bagi Gaza, dan penting sekali, program pembinaan keupayaan bagi Penguasa Palestin untuk mempersiapkan rakyat Palestin untuk Negara Palestin.
"Konflik yang mengerikan di Gaza sangat meruntun hati, dan menyentuh emosi.
"Tetapi kita tidak harus membiarkan kejadian yang berlaku di luar negara memecahbelahkan kita di sini.
"Mari kita kekal bersatu padu sebagai satu rakyat - dan bersama-sama memainkan peranan kita untuk mencapai keamanan di Singapura dan juga luar negara," kata PM Wong mengakhiri catatannya di Facebook.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.