Skip to main content

Singapura

Humanity Matters siap sedia kirim bekalan bantuan bernilai S$300,000 ke Gaza jelang gencatan senjata

Anggaran Waktu Membaca:
AMMAN: Pertubuhan kemanusiaan Singapura Humanity Matters (HM) sedang bersiap sedia untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan terbaharunya bernilai sekitar S$300,000 bagi penduduk Gaza.

Ini menjelangnya pelaksanaan gencatan senjata di Gaza, yang dijangka berkuat kuasa pada 9.30 pagi waktu Jordan (atau 0730 GMT).

Demikian menurut kenyataan medianya pada Sabtu (18 Jan).

Pasukan lima anggota HM yang sedang berada di Amman, Jordan ketika ini, bekerjasama dengan rakan kongsinya, Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO) untuk menyelaraskan pelepasan dan penghantaran bagi bekalan bantuan kemanusian itu.

Ia merupakan penghantaran bekalan bantuan yang keenam, yang diusahakan HM.

2 KONTENA SEBERAT 20 TAN

Bekalan bantuan, yang terdiri daripada dua kontena sebesar 40 kaki seberat 20 tan, tiba di pelabuhan Aqaba, Jordan dari Singapura, sebelum ia dijangka diagihkan di Gaza.
Related article image
Gambar: Humanity Matters
Ia merangkumi keperluan bagi penjagaan kesihatan, makanan, penghidratan serta kebersihan bagi penduduk di Gaza.

Antaranya termasuk cecair intravena (IV), ubat-ubatan bagi kanak-kanak dan orang dewasa, beras dan kacang siap untuk dimakan dan tong air 'jerry can' yang boleh dilipat.
Related article image
Gambar: Humanity Matters
Lebih 300 sukarelawan daripada pelbagai latar belakang sebelum ini telah berganding bahu pada 1 Disember 2024, untuk menyokong seruan masyarakat antarabangsa untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan berterusan kepada penduduk Gaza yang dibelenggu konflik itu.

Bantuan terbaharu HM tersebut turut dibiayai oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Mengulas mengenai usaha terbaharu itu, Penasihat Khas Humanity Matters, Encik Hassan Ahmad berkata: "Kami berharap gencatan senjata tiga fasa ini akan menyaksikan lebih banyak bantuan kemanusiaan sampai kepada orang awam di Gaza dan pembebasan lebih ramai tebusan.

"Penting bagi entiti kemanusiaan bersiap siaga untuk bertindak balas dengan pantas, sewajarnya dan dengan konsisten apabila lebih banyak koridor kemanusiaan dibuka semula," jelasnya.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita