Skip to main content

Singapura

Humanity Matters kumpul S$300,000 bagi bekalan untuk penduduk Gaza

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Mar 2024 08:44PM Dikemas Kini : 11 Mar 2024 12:16AM
SINGAPURA: Badan kemanusiaan Humanity Matters berjaya mengumpulkan lebih S$300,000 sejak kempen kutipan dana dilancarkan dua hari lalu.

Wang itu akan digunakan untuk membeli bekalan bantuan bagi penduduk Palestin yang terjejas perang di Gaza.

Presiden Tharman Shanmugaratnam menyaksikan penyerahan derma itu daripada Dewan Perniagaan Perusahaan Cina, Melayu dan India, serta empat lagi penderma lain.

Humanity Matters bakal menghantar misi kedua bantuan ke Gaza pada minggu akan datang bagi menyelia penghantaran bekalan kemanusiaan.

Satu pasukan empat orang anggota akan mendapatkan bekalan perubatan, makanan dan air di Jordan.

"Kami dari Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura sangat berbesar hati dapat bersama dengan dewan-dewan perniagaan lain bagi inisiatif untuk mengumpulkan dana, untuk membantu di Gaza, di mana dana ini akan dikumpulkan untuk dapat memberi bantuan yang diperlukan kepada mereka yang memerlukan," kata Presiden Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu (DPPMS), Abu Bakar Mohd Nor.
Sumber : BERITA Mediacorp/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita