Humanity Matters kumpul S$170,000 bagi pemulihan Nepal, 100 sukarelawan himpun bantuan pada hari ke-40 tragedi
Sebanyak 1.5 tan bekalan termasuk bantal, selimut dan bekas air bakal diagihkan kepada mangsa-mangsa terjejas Nepal.(Gambar: Hidir Ezat)
- Humanity Matters has raised S$170,000 from the community, the private sector and religious organisations in Singapore for the recovery of disaster victims in Nepal.
- The funds support the extension of an orphanage complex in Rasuwa and the supply of winter blankets, pillows and water containers ahead of November and December.
- On Oct 4, 100 volunteers packed more than 1.5 tonnes of aid after three weekends of activities together, while also fostering social cohesion.
- HM worked with authorities in Nepal, including the Ministry of Home Affairs and the NDRRMA, after an initial mission provided safe water in Nuwakot and Rasuwa.
- Humanity Matters mengumpul S$170,000 daripada masyarakat, sektor privet dan pertubuhan agama di Singapura untuk pemulihan mangsa bencana di Nepal.
- Dana itu menyokong sambungan kompleks rumah anak yatim di Rasuwa dan pembekalan selimut musim sejuk, bantal serta bekas air menjelang November dan Disember.
- Pada 4 Okt, 100 sukarelawan membungkus lebih 1.5 tan bantuan selepas tiga hujung minggu kegiatan bersama, sekali gus memupuk perpaduan sosial.
- HM bekerjasama dengan pihak Nepal, termasuk Kementerian Dalam Negeri dan NDRRMA, selepas misi awal menyediakan air selamat di Nuwakot dan Rasuwa.
Dana itu akan digunakan untuk membiayai projek sambungan kompleks rumah anak yatim serta menyediakan bekalan keperluan seperti selimut musim sejuk, bantal dan bekas air kepada mangsa yang terjejas.
Seramai 100 sukarelawan daripada institusi rakan kongsi dan kumpulan penyokong HM turut berkumpul pada Ahad (4 Okt), sempena hari ke-40 tragedi tersebut, untuk membungkus lebih 1.5 tan bekalan bantuan yang akan dihantar ke Nepal sebelum musim sejuk Himalaya bermula.
Acara membungkus bekalan bantuan itu merupakan kemuncak kepada tiga siri kegiatan bersama rakan kongsi, penyokong dan sukarelawan HM di Singapura selama tiga hujung minggu berturut-turut.
Inisiatif tersebut melibatkan peserta daripada pelbagai agama, kaum, generasi dan sektor, serta bertujuan melengkapi usaha Singapura untuk memperkukuh keharmonian kaum dan perpaduan sosial.
BANTUAN UNTUK FASA PEMULIHAN
Penasihat Khas Kemanusiaan Humanity Matters, Hassan Ahmad, berkata keperluan paling mendesak bagi mangsa ketika ini ialah tempat tinggal.
"Oleh kerana ramai yang telah kehilangan tempat tinggal, masih ramai yang tinggal di dalam perkhemahan dan di sini juga ramai kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa mereka. Jadi, pihak Humanity Matters sedang berusaha dan akan memulakan projek perumahan untuk anak yatim pada minggu ini."
Menurut Encik Hassan, kompleks rumah anak yatim berkenaan dibangunkan hasil sumbangan Pertubuhan Antara Agama Singapura (IRO) pada 2015 dan siap pada 2016, susulan gempa bumi yang melanda Nepal pada tahun tersebut.
HM kini akan membina sambungan baharu kepada kompleks tersebut supaya lebih ramai anak yatim dari kawasan Rasuwa yang terjejas dapat ditempatkan di situ.
Selain tempat tinggal, HM akan menghantar beberapa barangan keperluan ke kawasan Rasuwa dan Nuwakot menjelang musim sejuk pada November dan Disember.
"Buat masa ini, kami berada dalam fasa pemulihan. Jadi kami akan fokus kepada bantuan seperti rumah anak yatim, selimut, bantal dan bekas air untuk mendapatkan air bersih," jelas Encik Hassan.
Beliau berkata HM bekerjasama dengan pemerintah Nepal, khususnya Kementerian Dalam Negeri yang menyelaras usaha bantuan antarabangsa.
BANTUAN BERMULA PADA HARI KETIGA
Pasukan HM sebelum ini pulang dari Nepal pada 7 September selepas menjalani penugasan selama 10 hari, bermula pada hari ketiga bencana.
Di bawah arahan Agensi Pengurusan Risiko Bencana dan Pengurangan Risiko Nasional Nepal (NDRRMA), pasukan itu membantu menyediakan air yang selamat untuk mangsa serta menangani keperluan kesihatan petugas barisan hadapan di kawasan paling teruk terjejas, termasuk Nuwakot dan Rasuwa.
HM turut menubuhkan stesen rawatan air di Penjara Pusat Nuwakot yang menempatkan lebih 1,200 tahanan dan anggota keselamatan.
Bagi sukarelawan Muntasir Mannan Choudhury, usaha membantu mangsa bencana tidak seharusnya terhad kepada mereka yang dikenali atau tinggal berdekatan.
"Saya seorang doktor dan bagi kami, kemanusiaan serta usaha menyelamatkan nyawa adalah perkara yang penting. Jika kita dapat menyelamatkan nyawa orang yang jauh daripada kita tanpa mengenali mereka sekalipun, ia lebih bermakna," katanya.
"Saya mahu memberi inspirasi kepada keluarga dan rakan-rakan bahawa kita perlu melakukan sesuatu. Jangan hanya duduk dan melupakan dunia di sekeliling kita. Dunia ini adalah kita, jadi kita perlu berbuat sesuatu," katanya.
Menyifatkan bencana tersebut sebagai sesuatu yang dahsyat dan sukar dibayangkan, beliau berkata:
"Apabila saya melihat bencana yang berlaku di Nepal, saya berasa terharu kerana ia sesuatu yang dahsyat dan sukar kita bayangkan. Mangsa terjejas tanpa mengira usia, bangsa atau kewarganegaraan. Walaupun kita berada jauh dari mereka, usaha sebegini membolehkan kita membantu."
"Walaupun sudah 40 hari berlalu, kita masih boleh membantu mereka, sama ada dengan menghulurkan tenaga ataupun sokongan kewangan. Saya berharap usaha ini dapat meringankan beban mereka."
Setakat ini, HM telah mengumpulkan sebanyak S$170,000 daripada sasaran S$300,000 bagi menyokong usaha pemulihan di Nepal, yang dijangka bermula pada minggu depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.