Skip to main content

Singapura

Humanity Matters hantar bekalan bantuan bernilai S$20,000 bagi mangsa gempa Turki, Syria

Anggaran Waktu Membaca:
Humanity Matters hantar bekalan bantuan bernilai S$20,000 bagi mangsa gempa Turki, Syria

(Gambar: Humanity Matters)

Diterbitkan : 08 Feb 2023 08:45PM

SINGAPURA: Pertubuhan kemanusiaan silang agama Singapura, Humanity Matters mula mengirimkan bekalan bantuan kepada mangsa gempa di Turki dan Syria.

Kiriman itu termasuk empat unit bahan pemadat oksigen untuk menyokong mereka yang cedera atau ditimpa trauma.

10,000 pelitup N95 juga disertakan untuk membantu pekerja barisan hadapan.

Kiriman bekalan bantuan itu yang bernilai S$20,000 diserahkan secara rasmi oleh Timbalan Pengerusi Humanity Matters, Encik Gurmit Singh kepada Duta Turki di Singapura, Encik Mehmet Burçin Gönenli, di pusat kargo udara Changi pada Rabu (8 Feb).

Humanity Matters sedang bekerjasama dengan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Turki, Hayrat Yardim, bagi kiriman bantuan ke kemudahan perubatan di tapak-tapak terjejas gempa.

Terdapat lebih 1,000 kakitangan perubatan dan operasi menyelamat di bawah Haryat Yardim.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita