Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Humanity Matters bina tempat rawatan air dan kemudahan pernafasan untuk mangsa gempa di Jawa Tengah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Mar 2023 09:30PM Dikemas Kini : 31 Mar 2023 09:50PM

SINGAPURA: Sebuah tempat rawatan dan agihan air bersih sudahpun dibina di Tempat Evakuasi Akhir (TEA) untuk mangsa letusan gunung berapi di Magelang di Jawa Tengah.

Satu lagi adalah sebuah kemudahan penjagaan pernafasan khusus yang dibangunkan di klinik bersalin dan kanak-kanak di wilayah itu.

(Gambar: Humanity Matters) 

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif kesediaan, tindak balas dan daya tahan risiko masyarakat oleh Pertubuhan kemanusiaan silang agama Singapura, Humanity Matters.

Walaupun letusan Gunung Merapi kuat pada 11 Mac lalu tidak menyebabkan kerosakan teruk pada rumah dan prasarana, beberapa kawasan berhampiran termasuk rumah-rumah dan ladang pertanian, diselubungi abu gunung berapi.

HUMANITY MATTERS HANTAR PASUKAN KE MAGELANG, JAWA TENGAH SUSULI LETUSAN GUNUNG MERAPI

Humanity Matters menghantar satu pasukan seramai lima anggota, Faiths@Work, ke Magelang di Jawa Tengah antara 15 Mac sehingga 29 Mac untuk menilai kerosakan serta bantuan yang diperlukan.


(Gambar: Humanity Matters) 

Faiths@Work adalah program kemanusiaan antara agama serantau yang dilaksanakan oleh Humanity Matters dan disokong oleh Yayasan Temasek.

Pasukan ke Magelang yang diketuai penasihat khas Humanity Matters, Hassan Ahmad itu bekerjasama dengan Lembaga Penanggulangan Bencana Muhammadiyah (MDMC) dan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) di wilayah itu.

TEMPAT RAWATAN AIR, KEMUDAHAN PERNAFASAN DIBINA UNTUK PARA PENDUDUK



Tempat rawatan di Tempat Evakuasi Akhir (TEA) itu akan menyediakan bekalan air bersih kepada para penduduk dan
mangsa letusan gunung berapi.

Kemudahan penjagaan pernafasan khusus di Klinik Bersalin dan Kanak-Kanak Aisyiyah pula akan menyokong penduduk tempatan yang mengalami masalah pernafasan, terutama mereka yang mempunyai masalah paru-paru kronik seperti semput.

(Gambar: Humanity Matters) 

Inisiatif respons Faiths@Work itu ialah sebahagian daripada program kesediaan risiko masyarakat, respons dan daya tahan sekiranya berlaku lagi letusan gunung yang lebih kuat.

11 daerah di Magelang sudahpun diletakkan dalam keadaan siap siaga penuh untuk pemindahan segera.

Letusan besar Merapi sebelum ini adalah pada tahun 2010 dan 2006.

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan