Hukuman rotan di sekolah hanya sebagai ikhtiar terakhir: Menteri MOE Desmond Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekolah-sekolah hanya akan menggunakan hukuman rotan sebagai langkah disiplin dan ikhtiar terakhir apabila pilihan lain sudah dipertimbangkan, bergantung kepada betapa serius kesalahan dilakukan.
Demikian menurut Menteri Pendidikan Desmond Lee pada Selasa (5 Mei).
Menjawab lebih 20 soalan parlimen mengenai usaha Kementerian Pendidikan (MOE) yang dikemas kini untuk menangani kes-kes buli, Encik Lee akur bahawa kajian menunjukkan hukuman yang dijalankan dengan kerap – terutamanya dalam persekitaran yang tidak dikawal dengan sewajarnya seperti di rumah – boleh membawa kesan yang negatif.
Beliau menekankan bahawa konteks di sekolah adalah berbeza. Sekolah mengikut protokol ketat, iaitu hukuman rotan mesti diluluskan oleh pengetua dan dilakukan hanya oleh guru yang diberi kuasa untuk menjalankannya.
Sekolah juga mengambil kira tahap kematangan pelajar dan sama ada hukuman itu dapat membantu mereka belajar daripada kesilapan.
Encik Lee menjelaskan bahawa hukuman rotan tidak dilakukan sewenang-wenangnya atau secara terpencil, tetapi disertakan dengan langkah disiplin dan pemulihan yang lain. Selepas dirotan, sekolah akan memantau keadaan pelajar, menyediakan kaunseling, dan menyokong proses pemulihan mereka.
MOE mengumumkan rangka kerja lebih ketat bagi menangani tingkah laku pelajar pada April lalu. Pelajar yang membuli boleh digantung sekolah, dirotan, dan diturunkan gred tingkah laku - sama seperti garis panduan untuk kesalahan vape.
Pendekatan ini berdasarkan kajian yang menunjukkan golongan muda membuat pilihan lebih baik apabila terdapat batasan yang jelas serta kesan yang bermakna. Ini membantu mengurangkan kes buli dan menjadikan persekitaran sekolah lebih selamat untuk belajar.
Encik Lee menegaskan bahawa hukuman rotan hanya akan dikenakan ke atas pelajar lelaki bagi kesalahan yang sangat serius. Ini selaras dengan Kanun Prosedur Jenayah yang melarang hukuman rotan ke atas pelajar perempuan.
Namun, ini tidak bermakna pelajar perempuan yang membuli tidak melakukan kesalahan. Sekolah menggunakan pendekatan berperingkat bagi memastikan semua pelajar dikenakan hukuman yang setimpal atas kesalahan mereka. Pelajar perempuan mungkin digantung sekolah atau dikenakan tindakan yang mengubah gred tingkah laku mereka.
ISU SIBER & SOKONGAN GURU
Mengenai keselamatan siber, Encik Lee berkata MOE memandang serius terhadap isu buli siber. Apabila Suruhanjaya Keselamatan Online dilancarkan hujung Jun ini, mangsa gangguan online boleh mendapatkan bantuan dengan lebih pantas.
Bagi pelajar berkeperluan khas atau yang mempunyai masalah kesihatan mental, pihak sekolah akan memberi keutamaan kepada keselamatan dan sokongan emosi mereka.
MOE juga akan menyalurkan dana tambahan kepada sekolah untuk menggajikan pekerja belia, pegawai kebajikan, dan pegawai perhubungan ibu bapa. Langkah ini bertujuan untuk membantu menguruskan pelajar dan mengurangkan beban kerja guru.
Encik Lee berkata walaupun beban kerja guru mungkin meningkat pada permulaannya, ia dijangka stabil apabila proses menjadi lebih jelas. Jika langkah ini berjaya mengurangkan kes buli di peringkat awal, beban kerja kakitangan sekolah secara keseluruhannya akan berkurangan.
Beliau menambah bahawa sekolah adalah pihak yang paling layak menguruskan kes buli kerana guru-guru lebih mengenali pelajar dan dinamika sekolah mereka sendiri.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.