Hukuman penjara, denda bagi pemandu mabuk rempuh motosikal SCDF, pandu lawan arus trafik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setelah seorang pemandu mabuk tidak sedarkan diri di susur jalan pada awal pagi, seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengetuk tingkap keretanya untuk cuba menyedarkannya.
Namun apabila dia terjaga, pemandu itu terus memandu lalu, menyebabkan individu yang menghubungi SCDF terpaksa melompat kerana pemandu tersebut merempuh motosikal pegawai SCDF.
Kenderaan dipandu oleh Leon Lim yang berusia 30 tahun kemudian merempuh penghadang jalan dan berhenti sekali lagi sebelum dia memandu melawan arus trafik sehingga merempuh satu lagi penghadang jalan dan melanggar sebatang pokok.
Lim mengaku bersalah di mahkamah pada Selasa (4 Jun) atas satu tuduhan memandu secara berbahaya dan satu tuduhan memandu dalam keadaan mabuk. Dia dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu.
Dia juga dikenakan denda sebanyak S$6,000 dan akan dilarang daripada memandu semua kelas kenderaan selama 36 bulan.
Satu tuduhan meninggalkan kenderaannya dalam kedudukan yang mungkin boleh menyebabkan bahaya, halangan atau ketidakselesaan yang tidak wajar turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Bagi kesalahan memandu secara berbahaya, Lim boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan atau didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dihukum penjara selama 12 bulan dan berdepan denda minimum S$2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan pertama.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.