Skip to main content

Singapura

Hukuman penjara bagi lelaki langgar arahan COVID-19; keluar makan bersama rakan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki menziarahi neneknya walaupun setelah diarahkan supaya duduk di rumah semasa pulih daripada gejala yang menyerupai jangkitan COVID-19.

Ketika dia disiasat berhubung perkara ini, dia melanggar satu lagi arahan dengan keluar makan bersama rakannya.

Dengan kesnya masih dibicarakan di mahkamah, Verner Chua Chun Jie, memotong tag pengawasan elektroniknya dan melarikan diri.

Chua, yang kini berusia 22 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dan seminggu pada Selasa (13 Sep).

Dia mengaku bersalah atas tuduhan mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan dan melakukan perbuatan nakal dengan memotong tag pengawasan elektronik itu. Dua lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Chua dikenakan latihan pemulihan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada April 2019.

Pada Ogos 2020, Chua didapati mengalami jangkitan pernafasan akut dan diarahkan supaya duduk di rumah selama lima hari.

Pada hari terakhir tempoh duduk di rumah, Chua meninggalkan rumahnya dan menaiki kenderaan sewa privet untuk melawat neneknya.

Dia kemudian melanggani kedai kopi untuk membeli makan tengah hari sebelum pulang ke rumahnya. Chua melakukan tiga perjalanan menaiki kenderaan sewa privet.

Chua disiasat atas kesalahan tersebut dan pada mulanya ditawarkan notis komposisi atau denda di luar mahkamah.
Sumber : CNA/AE/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita