Hukuman penjara bagi ibu murid Darjah 1 yang beri alamat palsu boleh halang tingkah laku serupa tetapi tidak mungkin hapuskannya, kata ibu bapa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPORE: Hukuman penjara seminggu yang dikenakan ke atas ibu yang berbohong tentang alamatnya untuk mendaftarkan anaknya di sebuah sekolah rendah popular boleh meningkatkan kesedaran tentang akibat daripada tingkah laku sedemikian, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Jumaat (14 Nov).
Ibu bapa yang ditemui Mediacorp juga berkata kes ini mungkin menghalang mereka yang terdorong untuk mempermainkan sistem berkenaan, walaupun ia mungkin tidak menghapuskan tingkah laku sedemikian sepenuhnya.
Pada Khamis, wanita berusia 42 tahun itu dijatuhi hukuman penjara seminggu kerana berbohong tentang alamatnya semasa pendaftaran Darjah 1 bagi 2023.
Pihak pendakwa raya memohon hukuman denda, tetapi Hakim mendapati bahawa hukuman penjara adalah wajar kerana kes ini dianggap cukup berat, termasuk penipuan yang dirancang dan "motif mementingkan diri sendiri".
Wanita itu membayangkan bahawa dia mahu membuat rayuan terhadap hukumannya. Sekolah tersebut sudahpun memindahkan murid terbabit ke sekolah lain.
AKIBAT TIDAK PATUH PERATURAN
Hukuman tersebut dibincangkan secara meluas di media sosial, dengan sesetengah orang menyuarakan rasa terkejut dengan hukuman penjara itu.
MOE menyatakan bahawa kes itu "boleh meningkatkan lagi kesedaran ibu bapa tentang akibat daripada tingkah laku yang salah berkaitan rangka kerja pendaftaran Darjah 1".
Menurut kementerian itu, secara purata, hanya satu kes sedemikian dilaporkan setiap tahun dari 2008 hingga 2018, tetapi jumlahnya meningkat kepada sembilan kes dalam setahun dari 2020 hingga 2024. Tiada kes dilaporkan pada 2019.
Ia termasuk kes pengisytiharan palsu dan gagal mematuhi syarat menetap di alamat berkenaan selama 30 bulan, menurut MOE sebagai menjawab soalan daripada Mediacorp.
"Jumlah kes sedemikian boleh berubah dari tahun ke tahun, kerana sekolah menjalankan pemeriksaan berkala dan menerima maklum balas daripada pemberi maklumat," katanya.
MOE menyatakan ia mempunyai proses untuk menyiasat kes-kes yang mungkin tidak mematuhi rangka kerja pendaftaran Darjah 1.
Apabila ia mengesan kes-kes sedemikian, MOE akan menghubungi ibu bapa terbabit, dan anak itu akan dipindahkan ke sekolah lain berhampiran kediaman mereka, yang ada tempat kosong.
Dalam kes di mana ibu bapa memberikan maklumat palsu tentang alamat yang digunakan semasa pendaftaran, MOE juga akan merujuk mereka kepada polis untuk disiasat.
REAKSI IBU BAPA
Elizabeth (bukan nama sebenar), yang berusia sekitar 30-an tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun, memberitahu Mediacorp bahawa dia pernah mendengar kes-kes serupa di mana ibu bapa menggunakan alamat lain untuk mendapatkan tempat bagi anak-anak mereka di sekolah yang mereka anggap lebih baik.
Sebagai contoh, dia pernah mendengar tentang ibu bapa yang "melakukan segala-galanya" - menyewa rumah lain yang lebih dekat dengan sekolah idaman mereka untuk menukar alamat, dan membayar jumlah sewa yang besar untuk memenuhi syarat perlu menetap di situ selama 30 bulan.
Seorang kanak-kanak yang mendapat keutamaan semasa pendaftaran melalui kategori jarak, mesti tinggal di alamat yang digunakan untuk pendaftaran selama sekurang-kurangnya 30 bulan dari permulaan pendaftaran Darjah 1.
Malah jarak daripada sekolah pun penting jika ia sampai ke peringkat undian.Maka itu, sesetengah ibu bapa masih akan cuba mencari cara lain untuk berpindah lebih dekat dengan sekolah idaman mereka, kata Cik Debra Lee, seorang ibu kepada dua anak berusia 8 dan 10 tahun.
Cik Lee juga menyatakan harga sewa bagi rumah-rumah yang terletak berhampiran sekolah-sekolah popular agak tinggi.
Cik Low, seorang suri rumah berusia 32 tahun yang meminta hanya dikenali dengan nama keluarganya, dan suaminya sedang menimbangkan untuk menjual flat HDB mereka, yang akan mencapai tempoh pendudukan minimum (MOP) pada awal tahun depan, dan berpindah ke tempat lain yang lebih dekat dengan sekolah yang mereka inginkan untuk anak-anak mereka.
Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan dua anak perempuan, berusia 5 tahun, 4 tahun dan tiga bulan. Dia berharap untuk menghantar mereka semua ke bekas sekolah suaminya, iaitu Sekolah Ai Tong, katanya, sambil menyatakan bahawa jadualnya amat ketat memandangkan pendaftaran Darjah 1 akan bermula pada bulan Julai.
Beliau berharap hukuman penjara seminggu itu akan menjadi peringatandan mencegah ibu bapa lain yang berfikir untuk mempermainkan sistem tersebut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.