Hukuman penjara atau latihan pemulihan disaran sebagai hukuman utama bagi pesalah muda terlibat penipuan
Perubahan undang-undang yang dicadangkan akan melibatkan pesalah yang melakukan penipuan atau membantu kegiatan penipuan, sama ada sebelum atau selepas undang-undang itu berkuat kuasa. (Gambar: Shutterstock)
- The Ministry of Home Affairs introduced the Sentencing (Scams) Bill in the Singapore Parliament on 3 November, following a High Court ruling on 10 September on the sentencing of young offenders who assisted scams.
- The Bill stipulates prison or corrective training as the primary punishment for offenders aged 21 and below, except in exceptional circumstances, and covers offences committed before or after its commencement date.
- The changes aim to affirm Parliament’s stance and deter scams that cause financial losses and suffering to victims; an earlier court ruling allowed four appeals, imposing probation or community sentences.
- The Ministry of Home Affairs reported that 1,114 youths were linked to cheating offences in 2025, up 37 per cent from 2024; the measure complements earlier laws, including caning for certain categories of offenders.
- Kementerian Ehwal Dalam Negeri membentangkan Rang Undang-Undang Hukuman (Penipuan) di Parlimen Singapura pada 3 November, selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 September mengenai hukuman terhadap pesalah muda yang membantu penipuan.
- Rang undang-undang itu menetapkan penjara atau latihan pemulihan sebagai hukuman utama bagi pesalah berusia 21 tahun ke bawah, kecuali keadaan luar biasa, dan meliputi kesalahan sebelum atau selepas tarikh kuat kuasa.
- Perubahan ini bertujuan menegaskan pendirian Parlimen serta mencegah penipuan yang menyebabkan kerugian kewangan dan penderitaan mangsa; keputusan mahkamah terdahulu membenarkan empat rayuan dengan hukuman probesen atau komuniti.
- MHA melaporkan 1,114 belia dikaitkan dengan kesalahan menipu pada 2025, naik 37 peratus daripada 2024; langkah itu melengkapi undang-undang terdahulu, termasuk hukuman sebat bagi kategori pesalah tertentu.
SINGAPURA: Hukuman penjara atau latihan pemulihan seharusnya menjadi hukuman asas bagi pesalah muda dikenakan terhadap pesalah muda yang didapati bersalah melakukan penipuan atau membantu kegiatan penipuan, kecuali dalam keadaan luar biasa.
Pindaan undang-undang itu dibuat menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang menyatakan bahawa kedua-dua hukuman tersebut tidak sepatutnya menjadi pilihan utama bagi pesalah muda yang membantu kegiatan penipuan.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) membentangkan Rang Undang-Undang Hukuman (Penipuan) bagi bacaan pertama di Parlimen pada Selasa (3 Nov).
Dalam satu kenyataan pada hari yang sama, MHA menjelaskan bahawa rang undang-undang itu bertujuan menegaskan semula pendirian Parlimen bahawa pesalah berusia 21 tahun ke bawah ketika melakukan kesalahan penipuan atau membantu penipuan sepatutnya dikenakan hukuman penjara atau latihan pemulihan sebagai pilihan utama.
Pengecualian hanya akan diberikan dalam keadaan luar biasa.
Perubahan yang dicadangkan itu akan meliputi kesalahan yang dilakukan sebelum, pada atau selepas tarikh undang-undang baharu tersebut mula berkuat kuasa.
SUSULI KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI
Pada 10 September lalu, Mahkamah Tinggi menerbitkan satu keputusan yang menyatakan bahawa hukuman penjara atau latihan pemulihan tidak sepatutnya dikenakan secara automatik terhadap pesalah muda yang membantu kegiatan penipuan.
Keputusan itu melibatkan rayuan Mohamed Erzan Taib Zohri dan enam individu lain yang terlibat dalam kesalahan berkaitan penipuan.
Antara kesalahan mereka termasuk menyerahkan akaun bank atau maklumat log masuk Singpass kepada pihak lain, yang kemudian digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan.
Mahkamah membenarkan rayuan bagi empat kes dan menjatuhkan hukuman probesen serta hukuman berasaskan masyarakat terhadap mereka.
Rayuan bagi tiga kes lagi ditolak.
Enam daripada tujuh pesalah tersebut berusia bawah 21 tahun.
MHA menyatakan Parlimen mengambil kira betapa seriusnya masalah penipuan di Singapura, kesan buruk terhadap mangsa serta keperluan untuk mencegah kegiatan tersebut dengan tindakan yang tegas dan segera.
Menurut kementerian itu, hukuman yang dikenakan perlu memberikan kesan pencegahan yang tegas supaya orang ramai tidak mudah terlibat dalam kegiatan penipuan.
"Disebabkan kesan serius kesalahan ini, pendirian Parlimen sejak dahulu hingga sekarang ialah kegiatan penipuan dan perbuatan membantu penipuan mesti dibendung.
"Apabila mempertimbangkan hukuman bagi kesalahan sedemikian, mahkamah sepatutnya menjadikan latihan pemulihan atau hukuman penjara sebagai pilihan utama," menurut MHA.
PEMERINTAH MAHU HUKUMAN LEBIH TEGAS
Pada 6 Oktober lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, K Shanmugam, memberitahu Parlimen bahawa pemerintah akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi memperkukuh pendekatan hukuman yang bertujuan mencegah kegiatan penipuan.
Langkah itu melibatkan semua pesalah penipuan, termasuk golongan muda dan mereka yang membantu sindiket menjalankan kegiatan tersebut.
Encik Shanmugam berkata keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi keutamaan kepada pemulihan pesalah muda tidak selaras dengan pendekatan dalam garis panduan hukuman sedia ada.
Garis panduan tersebut menyarankan hukuman penjara atau latihan pemulihan bagi kesalahan berkaitan penipuan.
Beliau mengakui bahawa mahkamah mungkin lebih cenderung memberikan peluang pemulihan kepada pesalah muda.
Namun, pemerintah juga perlu mengambil kira kesan lebih luas daripada jenayah penipuan, termasuk kerugian kewangan yang besar serta penderitaan yang dialami mangsa.
"Kami menghormati pandangan mahkamah," kata Encik Shanmugam.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pendekatan hukuman juga perlu mengambil kira keperluan untuk mencegah jenayah sedemikian daripada terus berlaku.
LEBIH 1,000 BELIA DISIASAT BERKAITAN PENIPUAN PADA 2025
Menurut MHA, polis menyiasat lebih 1,000 belia yang dikaitkan dengan laporan penipuan sepanjang 2025.
Jumlah belia yang melakukan kesalahan menipu dan kesalahan berkaitan meningkat sebanyak 37 peratus, daripada 814 orang pada 2024 kepada 1,114 orang pada 2025.
Kebanyakan mereka terlibat dalam kes penipuan sebagai keldai penipuan, iaitu individu yang membantu sindiket dengan menyediakan akaun bank, maklumat peribadi atau kemudahan lain untuk menjalankan kegiatan haram.
MHA menyatakan pelbagai langkah sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi menghalang orang ramai daripada membantu sindiket penipuan.
Sejak 2023, Parlimen sudah meluluskan lima rang undang-undang untuk memperkukuh undang-undang terhadap kegiatan penipuan di Singapura.
Antaranya termasuk memperkenalkan kesalahan khusus terhadap keldai wang dan individu yang menyerahkan maklumat Singpass, kad SIM atau akaun online untuk membantu penipuan.
Pada November 2025, Parlimen turut meluluskan undang-undang yang memperkenalkan hukuman sebat mandatori antara enam hingga 24 kali bagi pesalah penipuan dan anggota tertentu sindiket penipuan.
Undang-undang itu juga membolehkan mahkamah mengenakan hukuman sebat sehingga 12 kali terhadap keldai penipuan, mengikut budi bicara mahkamah.
MHA menegaskan bahawa jenayah penipuan membawa kesan serius kepada mangsa dan memerlukan hukuman yang dapat memberikan amaran tegas kepada bakal pesalah.
"Rang undang-undang ini menegaskan semula bahawa pesalah penipuan dan mereka yang membantu kegiatan tersebut secara umumnya perlu berdepan hukuman yang tegas bagi mencegah kesalahan serupa," menurut kementerian itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.