Hukuman penjara 18 bulan bagi lelaki tipu pengguna Carousell tempah kad Pokemon, One Piece bernilai S$115,000
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Today)
SINGAPURA: Untuk membiayai hobinya mengumpul jam tangan dan kad dagangan bola sepak, Aizil A Rahim menyeleweng hampir S$115,000 daripada 25 pengguna Carousell yang telah membayarnya untuk mendapatkan kad dagangan siri anime dan manga Jepun Pokemon dan One Piece.
Apabila dia gagal menghantar kad-kad tersebut dan pelanggannya semakin curiga, Aizil membuat aduan polis dan berbohong bahawa seorang lelaki Jepun bernama "Nagashima" telah menipunya sebanyak S$30,000.
Pada Khamis (4 Julai), Aizil, 28 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan dan lapan minggu, atau kira-kira 1.5 tahun.
Dia mengaku bersalah atas tuduhan memberikan keterangan palsu kepada pegawai awam, empat tuduhan pecah amanah dan lima tuduhan pecah amanah jenayah gabungan. Tuduhan-tuduhan ini berkaitan dengan kerugian S$88,510 yang dialami oleh para mangsa.
Lagi 16 tuduhan pecah amanah membabitkan baki wang turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Aizil akan memulakan hukumannya pada 11 Julai ini.
MANGSA ADALAH BEKAS PELANGGAN
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tay Jia En memberitahu mahkamah bahawa pada pertengahan 2022, Aizil mula menjual kad dagangan Pokemon dan One Piece di Carousell melalui dua akaun bernama "Liangpopo" dan "Liangpupu".
Dia akan mengambil tempahan daripada para pelanggan dan akan mendapatkan kad dagangan daripada pembekal di Singapura.
Awal tahun lalu, dia mula ketagih mengumpul jam tangan dan kad dagangan bola sepak yang mahal, membelanjakan hampir S$40,000 untuk kedua-dua hobi itu.
Pada masa yang sama, dia telah bercuti tanpa gaji daripada pekerjaannya di sebuah syarikat media hartanah.
Memerlukan "sumber pendapatan yang tetap" untuk membiayai perbelanjaannya itu, Aizil memutuskan untuk mengiklankan khidmat tempahan untuk mendapatkan kad dagangan Pokemon dan One Piece yang masih belum dikeluarkan.
Dia meletakkan harga tempahan untuk kad Pokemon 151 pada harga antara S$1,700 hingga S$1,860 bagi satu kotak kad tersebut.
Dokumen mahkamah tidak menyatakan berapa harga kad-kad One Piece.
Para pelanggan akan membuat tempahan bagi kad-kad tersebut daripadanya dan memindahkan wang kepadanya. Aizil sepatutnya menyerahkan kad-kad itu sebaik sahaja ia dikeluarkan dari Julai hingga September 2023.
Para pelanggan kebanyakannya adalah mereka yang pernah membeli kad-kad sedemikian daripadanya sebelum ini yang "sudah mendapat kepercayaan dan memperoleh penilaian positif daripada mereka", kata DPP Tay, sambil menambah bahawa penilaian dan rating ini juga telah memudahkan Aizil untuk memikat pelanggan baharu.
Bagaimanapun, daripada menggunakan wang yang diterimanya untuk mendapatkan kad untuk para pelanggannya, Aizil sebaliknya membelanjakannya untuk membiayai hobinya, membeli-belah, bercuti 'staycation', berdagang saham dan membuat taruhan bola sepak di Singapore Pools.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.