Hukuman mati pengedar heroin rakyat M'sia ditunda

(Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Mahkamah Rayuan Singapura menolak permohonan pengecualian hukuman mati melibatkan lelaki warga Malaysia.
Ia membabitkan seorang warga Malaysia IQ rendah, Pausi Jefridin, 37 tahun yang dijadual menjalani hukuman tersebut pada 16 Februari.
Ia disahkan oleh peguam belanya, Charles Yeo, kepada Bernama.
Awal sebelum itu, peguam M Ravi memuat naik catatan ke laman Facebooknya yang mendakwa bahawa Presiden Halimah Yacob telah mengeluarkan perintah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.
Dalam satu catatan berasingan, Ravi juga memuat naik salinan arahan yang dikeluarkan terhadap rakyat Singapura, Roslan Bakar, yang juga dikenakan hukuman mati.
Apabila ditanya berapa lama tempoh arahan tersebut, Encik Yeo berkata: "Sekurang-kurangnya sehingga 28 Februari. Ia ditunda bagi tempoh yang tidak pasti."
Mahkamah Rayuan menolak dua rayuan berasingan oleh Pausi dan Roslan pada saat-saat akhir semalam (16 Feb) untuk mengelakkan diri daripada hukuman mati.
Kedua-dua Pausi dan Roslan dijatuhi hukuman mati pada 2010.
Pausi dan Roslan didakwa dengan tuduhan mengedar tidak kurang daripada 96.07g heroin pada 14 Jun 2008.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.