Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hukuman mati Myanmar 'tamparan hebat' ke atas usaha ASEAN wujudkan damai: Vivian Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman mati Myanmar 'tamparan hebat' ke atas usaha ASEAN wujudkan damai: Vivian Balakrishnan

(Gambar: Facebook/Vivian Balakrishnan)

Diterbitkan : 26 Jul 2022 09:09PM Dikemas Kini : 26 Jul 2022 09:13PM

SINGAPURA: Pelaksanaan hukuman mati empat aktivis politik Myanmar adalah "tamparan hebat" ke atas usaha ASEAN untuk memudahkan usaha-usaha mewujudkan perdamaian di negara tersebut.

Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Selasa (26 Mei). 

Beliau menarik perhatian bahawa ASEAN mengecam langkah Myanmar yang merupakan pelaksanaan pertama hukuman mati di negara tersebut sejak berdekad-dekad lamanya.

"Ini merupakan tamparan hebat kepada usaha ASEAN untuk memudahkan usaha mewujudkan huraian keamanan dan perdamaian di Myanmar," kata Dr Balakrishnan menerusi hantarannya di Facebook.

"Kami sekali lagi menggesa agar semua tahanan dibebaskan, termasuk Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi. Huraian damai bagi krisis itu hanya boleh dicapai menerusi dialog membina antara semua pihak yang terlibat," tambahnya.  

"Sedalam-dalam takziah kepada keluarga semua mangsa."

Dr Balakrishnan berkata sedemikian setelah ASEAN mengeluarkan kenyataan tegas, menyifatkan pelaksanaan hukuman mati itu "sangat wajar dikutuk". 

"Pelaksanaan hukuman mati  hanya seminggu sebelum Mesyuarat Menteri ASEAN ke-55 itu sangat wajar dikutuk," menurut Kemboja, selaku pengerusi ASEAN tahun ini, sambil menambah bahawa tindakan itu menunjukkan "kurang keinginan tentera junta untuk menyokong usaha ASEAN mengadakan dialog antara semua pihak terlibat. 

Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah turut mengutuk pelaksanaan tersebut, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai jenayah yang mencabul kemanusiaan. 

Tambahnya, Myanmar tidak boleh dibenarkan untuk menghantar wakil politik ke mana-mana mesyuarat antarabangsa di tahap menteri. 

"Kami melihat tindakan itu seolah-olah junta sedang memandang remeh Konsensus Lima Perkara, dan saya rasa kita harus memandang perkara ini dengan amat serius," kata Encik Saifuddin di taklimat media. 

Seorang jurucakap junta Myanmar berkata empat lelaki berkenaan "sudah diberikan hak untuk membela diri mereka mengikut prosedur mahkamah" dan menekankan bahawa mereka bukan aktivis demokrasi, tetapi pembunuh yang wajar dijatuhi hukuman yang dikenakan ke atas mereka. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan