Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hukuman lebih tegas bagi kesalahan trafik di Zon Perak, Zon Sekolah - MHA

Hukuman bagi pemandu yang melakukan kesalahan di lintasan pejalan kaki atau kesalahan yang membahayakan keselamatan pejalan kaki di Zon Perak akan dinaikkan bagi melindungi pejalan kaki warga emas.

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman lebih tegas bagi kesalahan trafik di Zon Perak, Zon Sekolah - MHA

Gambar fail Zon Perak.

Diterbitkan : 01 Mar 2021 10:12PM Dikemas Kini : 01 Mar 2021 10:15PM

SINGAPURA: Hukuman bagi pemandu yang melakukan kesalahan di lintasan pejalan kaki atau kesalahan yang membahayakan keselamatan pejalan kaki di Zon Perak akan dinaikkan bagi melindungi pejalan kaki warga emas.

Demikian diumumkan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Desmond Tan pada Isnin (1 Mac).

Zon Perak diperkenalkan pada 2014 di kawasan yang mempunyai ramai warga emas.

Bercakap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) MHA, Encik Tan berkata denda bagi kesalahan yang dilakukan di Zon Sekolah juga akan dinaikkan untuk melindungi pelajar.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri sedang menyelesaikan semakan terhadap perkara tersebut dan butirannya akan diumumkan nanti, kata Encik Tan.

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP PAP-Pioneer) Patrick Tay tentang perlunya diadakan lebih banyak langkah perlindungan trafik, Encik Tan berkata secara amnya, keselamatan di jalan raya telah bertambah baik dengan jumlah kemalangan maut merosot sejak 10 tahun lalu.

MHA juga sedang mengkaji sama ada pemandu yang menghadapi masalah kewangan boleh dibenarkan membayar denda trafik secara ansuran, kata Encik Tan, menjawab soalan AP Faisal Manap (WP-Aljunied)  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan