Skip to main content

Singapura

Hukuman lebih berat, saluran maklum balas lebih baik bagi lapor kegiatan tidak diizinkan

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) hari ini (23 Mei) mengumumkan langkah-langkah pencegahan terhadap kegiatan-kegiatan yang tidak diizinkan dalam pertubuhan itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 May 2018 07:19PM Dikemas Kini : 23 May 2018 11:22PM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) hari ini (23 Mei) mengumumkan langkah-langkah pencegahan terhadap kegiatan-kegiatan yang tidak diizinkan dalam pertubuhan itu.

Langkah-langkah yang diperketatkan itu diumumkan menyusuli kematian seorang anggota Perkhidmatan Negera sepenuh masa (NSF), yang lemas dalam telaga pam balai bomba dalam satu insiden semasa meraikan tamat tempoh menjalani Perkhidmatan Negara.

Jeriji besi akan dipasang di permukaan telaga pam. Ia akan dikunci bagi mencegah sebarang anggota yang tidak dibenarkan untuk mendapat akses. Akses dan penggunaan telaga pam akan dikawal dengan ketat, menurut SCDF.

Para pegawai yang didapati tidak mengambil bahagian dalam kegiatan yang tidak dibenarkan, namun gagal membuat aduan mahupun mencegah perbuatan sedemikian, juga akan dihukum.

"Ini satu isyarat yang tegas bahawa para pegawai harus bertanggungjawab," menurut SCDF dalam kenyataan medianya.

Ia menambah, wadah maklum balas dan pemantauan juga akan diperbaiki.

"Buat masa ini, para penyelia menemu bual dengan anggota NSF masing-masing setiap dua minggu pada tiga bulan pertama mereka dalam unit," menurut SCDF.

"Pada masa akan datang, temu bual ini juga akan dijalankan bagi tiga bulan terakhir dalam tempoh menjalani perkhidmatan negara oleh para pegawai kanan SCDF yang tidak bertugas di balai yang sama.

"Ini bagi memastikan proses maklum balas dilakukan dengan adil. Ini juga memudahkan lagi bagi para anggota NSF untuk mengemukakan sebarang isu yang dihadapi mereka. Sebarang kes berkaitan kegiatan yang tidak dibenarkan dilaporkan semasa temu bual itu akan dikemukakan kepada pihak pengurusan kanan SCDF dengan serta-merta untuk tindakan lanjut."

SCDF turut menyatakan bahawa ia bakal memperkenalkan satu talian hotline bagi para anggotanya untuk memberi maklum balas. Ini selaras dengan rangka kerja membuat aduan yang sedia ada. Hotline itu akan dibuka 24 jam.

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata di Parlimen minggu lalu bahawa SCDF dan agensi-agensi Home Team ditugaskan untuk menyemak semula peraturan-peraturan dan pelaksanaannya, sambil menekankan bahawa "tidak akan ada tolak ansur sama sekali" terhadap perbuatan melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita