Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hukuman lebih berat bagi salah laku terhadap pengawal keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman lebih berat bagi salah laku terhadap pengawal keselamatan

Gambar fail seorang pengawal keselamatan (Gambar: TODAY)

SINGAPURA: Mulai 1 Mei, para pengawal keselamatan akan diberikan lebih banyak perlindungan daripada gangguan dan penderaan.

Sebelum ini, Akta Industri Keselamatan Swasta dipinda untuk meliputi hukuman lebih berat bagi salah laku terhadap para pekerja tersebut.

Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), langkah itu memberikan isyarat yang jelas dan nyata bagi mencegah tindakan salah laku.

Mereka yang sengaja mengganggu atau menimpakan kesusahan kepada para pengawal keselamatan boleh didenda sehingga $5,000 dan/atau dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan.

Tempoh hukuman penjara itu adalah seganda lebih lama berbanding sebelum ini.

Denda bagi mereka yang menyerang atau menggunakan kekerasan ke atas pengawal keselamatan pula telah dinaikkan lima kali ganda kepada $7,500.

Hukuman penjara yang dikenakan juga lebih lama iaitu dua tahun berbanding maksimum tiga bulan sebelum ini.

Bagi para pesalah yang sengaja menyebabkan kecederaan, mereka boleh didenda $10,000.

Denda itu adalah seganda lebih tinggi berbanding $5,000 yang dikenakan sebelum ini.

Para pesalah juga mungkin dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun.

Sumber : CNA/AI/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan