Skip to main content

Singapura

'Hukuman agak keras', kata lelaki yang dipenjara 8 bulan kerana curi wang dalam Scoot

Seorang lelaki yang mencuri daripada tiga penumpang lain semasa dalam penerbangan Scoot dari Vietnam ke Singapura dihukum penjara lapan bulan pada Jumaat (12 Jan).
 

Anggaran Waktu Membaca:
'Hukuman agak keras', kata lelaki yang dipenjara 8 bulan kerana curi wang dalam Scoot

Pesawat di Lapangan Terbang Changi pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mencuri daripada tiga penumpang lain semasa dalam penerbangan Scoot dari Vietnam ke Singapura dihukum penjara lapan bulan pada Jumaat (12 Jan).

Zhang Xiuqiang, seorang warga China, 52 tahun menyifatkan hukuman itu sebagai "agak keras".

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan mencuri dengan lagi dua tuduhan diambil kira dalam menentukan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa kejadian itu berlaku dalam pesawat Scoot TR305 dari Ho Chi Minh ke Singapura pada 16 Disember tahun lalu.

Pesawat itu telah mendarat di Singapura apabila anak kapal dimaklumkan oleh beberapa penumpang mengenai kecurian itu.
Kapten pesawat memohon bantuan polis dan Zhang diberkas.

Zhang pada awalnya menafikan melakukan kesalahan itu walaupun ada saksi yang mengatakan mereka melihat perbuatannya.

Wang tunai milik ketiga-tiga mangsa berjaya diperolehi semula.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita