Hujan tidak halang ribuan pengunjung banjiri Rumah Terbuka Istana sempena Tahun Baru Cina
Lebih 17,000 pengunjung membanjiri Istana pada Isnin (23 Jan) sempena Tahun Baru Cina, bagi acara Rumah Terbuka besar-besaran sejak pandemik melanda.

(Gambar: MCI)
SINGAPURA: Lebih 17,000 pengunjung membanjiri Istana pada Isnin (23 Jan) sempena Tahun Baru Cina, bagi acara Rumah Terbuka besar-besaran sejak pandemik melanda.
Para pengunjung dihiburkan dengan pelbagai acara termasuk persembahan dram oleh pelajar sekolah Maris Stella High.
Para pengunjung juga berpeluang mencuba seni kaligrafi Cina dan menghasilkan lilin.
Mereka juga menyertai lawatan diatur di sekitaran bangunan utama Istana untuk melihat beberapa bilik acara tertentu serta meneliti koleksi hadiah yang diberi kepada pemimpin Singapura oleh negara lain.
Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makanan untuk menjamu selera dan cenderahati edisi terhad yang bertemakan Istana.
Semua hasil penjualannya akan disalurkan kepada badan-badan amal yang disokong Cabaran Presiden.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.