Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan, pemeluwapan punca utama tumbuh kulat pada bangunan baharu NTU, kata pakar

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Aug 2024 09:07AM Dikemas Kini : 29 Aug 2024 09:11AM
SINGAPURA: Dua pakar bebas mengatakan hujan dan pemeluwapan adalah punca utama tumbuhnya kulat pada dinding-dinding bangunan baharu Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Bangunan diberi nama Gaia itu dibina hampir sepenuhnya daripada bahan kayu.

Menurut pakar, bahan tersebut tidak menyumbang kepada pertumbuhan kulat memandangkan ia memenuhi piawaian keselamatan dan dilengkapi dengan pengedap dan salutan.

Namun, ia masih memerlukan penyelenggaraan berterusan.

Menurut NTU lagi, kebanyakan kulat itu ditemui pada jeriji hawa dingin dan permukaan perabot.

Bilik dan ruang yang terjejas akan menjalani pembersihan kimia dan ujian bagi kulat.

Para pakar juga menyarankan agar menggunakan kipas untuk mengalih udara di bilik-bilik.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan