Skip to main content

Singapura

Hujan meteor 'bola api terang' boleh dilihat dari S'pura pagi Jumaat

Para pencinta astronomi di rantau ini, termasuk di Singapura dan Malaysia, mungkin ingin bersengkang mata malam ini (3 Jan) untuk menyaksikan hujan meteor yang pertama dan mungkin terbaik tahun ini. Kemuncak pancuran meteor itu dijangka berlaku pada awal pagi Jumaat (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan meteor 'bola api terang' boleh dilihat dari S'pura pagi Jumaat

Visual pancuran meteor Quadrantids. (Gambar: meteorshowers.org)

Diterbitkan : 04 Jan 2019 12:08AM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 12:09AM

SINGAPURA: Para pencinta astronomi di rantau ini, termasuk di Singapura dan Malaysia, mungkin ingin bersengkang mata malam ini (3 Jan) untuk menyaksikan hujan meteor yang pertama dan mungkin terbaik tahun ini. Kemuncak pancuran meteor itu dijangka berlaku pada awal pagi Jumaat (4 Jan).

Dengan sehingga 200 "meteor bola api terang" muncul setiap jam, pancuran meteor Quadrantids dianggap sebagai salah satu yang terbaik tahun ini, menurut Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di lamannya.

Ia lazimnya berlaku pada awal Januari dan berlangsung buat tempoh lebih singkat daripada biasa, menurut NASA.

Para penduduk di Singapura boleh menyaksikan sendiri hujan meteor itu tanpa menggunakan teropong selagi cuaca baik, menurut Pusat Sains Singapura, sambil menambah bahawa mereka boleh menyaksikan sehingga 120 meteor sejam kali ini.

Untuk mendapatkan pemandangan terbaik, orang ramai boleh ke "tempat-tempat berlangit gelap" termasuk Mount Faber, Pulau Ubin, Sungei Buloh dan Tampines Ecogreen selepas 4.00 pagi pada Jumaat (4 Jan), menurut pusat itu.

Pada petang tadi (3 Jan), Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA) turut mengongsi maklumat tentang Quadrantids, yang menurutnya, boleh disaksikan di Malaysia dengan mata kasar dalam cuaca baik dan di kawasan yang tidak mempunyai cahaya.

Pusat Sains Singapura menasihati para pencinta astronomi supaya memeriksa peta bintang kerana pancuran itu akan muncul berdekatan konstelasi Bootees, Ursa Major dan Ursa Minor.

Di lamannya, NASA menasihati mereka yang berminat supaya berbaring dan menghadap ke arah timur laut. "Dalam kurang 30 minit di tempat gelap, mata anda akan terbiasa dengan keadaan itu dan anda boleh mula melihat meteor. Bersabar - 'pertunjukan' itu akan berlangsung sehingga waktu fajar. Oleh itu anda mempunyai masa yang panjang untuk menyaksikannya," tulis NASA.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita