Hujan lebih kerap, lembap pada waktu malam dua minggu akan datang
Hujan dan cuaca lembap pada dua minggu terakhir Mei akan berterusan hingga dua minggu pertama bulan Jun.
(Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Hujan dan cuaca lembap pada dua minggu terakhir Mei akan berterusan hingga dua minggu pertama bulan Jun. Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) menerusi kenyataannya pada Jumaat (31 Mei).
"Secara keseluruhan paras air hujan bagi separuh pertama Jun 2019 besar kemungkinan lebih tinggi berbanding paras biasa di kebanyakan kawasan di Singapura," menurut MSS.
Hujan lebat beserta guruh diramalkan terutamanya pada lewat pagi dan awal petang pada enam hingga lapan hari. Untuk dua hingga tiga hari, tiupan angin dari Sumatera boleh membawa hujan lebat berserta guruh dengan angin kencang sekali-sekala pada waktu pagi.
Cuaca panas dan lembap yang dialami pada Mei dijangkakan juga dijangka berterusan hingga dua minggu pertama Jun, termasuk pada waktu malam. Ini disebabkan oleh permulaan monsun barat daya.
"Suhu harian pada kebanyakan hari adalah antara 25 hingga 33 darjah Celsius," menurut MSS. "Suhu minimum pada waktu malam sehingga 28 darjah Celsius boleh dijangkakan pada beberapa hari."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.