Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan lebih kerap diramal pada 2 minggu pertama April

Sediakan payung sebelum hujan lebih-lebih lagi apabila lebih banyak hujan dijangkakan pada separuh pertama bulan ini berbanding dua minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebih kerap diramal pada 2 minggu pertama April

Gambar hiasan. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 08:53AM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 08:56AM

SINGAPURA: Sediakan payung sebelum hujan lebih-lebih lagi apabila lebih banyak hujan dijangkakan pada separuh pertama bulan ini berbanding dua minggu lalu. Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) menerusi kenyataannya pada Isnin (1 Apr).

Ini kerana tempoh cuaca kering akibat monsun timur laut sudah berakhir dan peralihan musim monsun pula bermula sejak hujung Mac.

Dalam makluman cuacanya, MSS menyatakan bahawa hujan lebat yang singkat berserta guruh diramalkan pada sebelah tengah hari selama enam hingga lapan hari, dan mungkin berlarutan sehingga ke sebelah malam selama beberapa hari.

Pada dua atau tiga hari, hujan lebat berserta guruh dengan angin kencang mungkin berlaku pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, MSS menambah bahawa cuaca panas diramal berterusan, dengan suhu maksimum harian diramal melebihi 35 darjah Selsius pada beberapa hari.

Suhu harian diramalkan antara 25 darjah Selsius hingga 34 darjah Selsius pada kebanyakan hari.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan