Skip to main content

Singapura

Hujan lebat sebabkan kejadian tanah runtuh, runtuhan lereng bukit di beberapa kawasan

Kejadian-kejadian tanah runtuh dan runtuhan lereng bukit berlaku di beberapa kawasan di Singapura ekoran hujan lebat, termasuk di pulau-pulau selatan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jan 2021 09:30PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 09:41PM

SINGAPURA: Kejadian-kejadian tanah runtuh dan runtuhan lereng bukit berlaku di beberapa kawasan di Singapura ekoran hujan lebat, termasuk di pulau-pulau selatan.

Pihak berkuasa sudah mengepung tempat-tempat yang terjejas dan akan menjalankan kerja-kerja baik pulih.

Salah satu kawasan yang terjejas terletak berdekatan Hotel Furama Riverfront apabila lereng bukit antara Jalan Minyak dengan jalan belakang hotel, runtuh.

Penguasa Tanah Singapura (SLA) menyatakan kawasan tersebut dikepung dan ditutup dengan kanvas.

SLA juga membuat penilaian bahawa lereng bukit itu dalam keadaan stabil.

Satu lagi kawasan di Pasir Ris yang mengalami tanah runtuh adalah lereng bukit dekat Loyang Avenue. Ia menyebabkan beberapa pagar penghadang di sepanjang terusan monsun pecah dek runtuhan tanah.

SLA menyatakan insiden tanah runtuh kecil kecil itu juga dilaporkan berlaku di pulau-pulau selatan seperti Kusu.

SLA menasihati orang ramai agar tidak mendekati kawasan-kawasan terjejas terutama semasa hujan.

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita