Skip to main content

Singapura

Hujan lebat cetus amaran banjir kilat merata SG

Amaran banjir kilat dikeluarkan bagi lebih 10 lokasi di merata Singapura, menyusuli hujan lebat hari ini (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Amaran banjir kilat dikeluarkan bagi lebih 10 lokasi di merata Singapura, menyusuli hujan lebat hari ini (16 Nov).

PUB mengeluarkan makluman pada sekitar 3.00 petang tadi mengenai hujan lebat yang dijangkakan di kawasan utara, timur dan barat Singapura.

Agensi itu kemudian memberi amaran tentang risiko berlaku banjir kilat di beberapa lokasi termasuk:

- Dunearn Road, antara Yarwood Avenue dan Binjai Park,

- Jalan susur Ekspreswe Kranji iaitu KJE ke Woodlands Road, menghala ke Senja Way,

- Eng Kong Place, antara Greenridge Crescent dengan Eng Kong Garden

- Persimpangan antara Lorong Kismis dengan Toh Tuck Rise

- Persimpangan antara Sunset Drive dengan Sunset Terrace

- Persimpangan antara Sunset Drive dengan Sunset Way Road

- Bukit Timah Road, antara Wilby Road dengan Blackmore Drive,

- Jalan Boon Lay, antara Enterpreise Road dengan International Road,

- Persimpangan antara Neo Pee Teck Lane dengan Pasir Panjang Road

- Ekspreswe Tampines (Jejambat Punggol West)

Dalam ramalan yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Nov), Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) menyatakan hujan lebat beserta guruh diramalkan berlaku pada kebanyakan hari hingga akhir November, disebabkan oleh monsun timur laut.

MSS juga meramalkan keseluruhan hujan sepanjang dua minggu akan datang ini, "melebihi purata" di kebanyakan kawasan Singapura.

Suhu harian pula boleh serendah 23 darjah Celsius apabila hujan turun.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita