Skip to main content

Singapura

Hujan lebat berserta guruh diramalkan di beberapa kawasan S'pura bagi keseluruhan Nov

Hujan lebat berserta guruh diramalkan pada sebelah petang untuk kebanyakan hari bagi keseluruhan November, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura hari ini (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat berserta guruh diramalkan di beberapa kawasan S'pura bagi keseluruhan Nov

Pejalan kaki menolak kereta sorong kanak-kanak menyeberang jalan raya tatkala hujan lebat di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

SINGAPURA: Hujan lebat berserta guruh diramalkan pada sebelah petang untuk kebanyakan hari bagi keseluruhan November, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura hari ini (16 Nov).

Hujan lebat sekejap-sekejap dijangka turun di beberapa kawasan Singapura pada sebelah petang untuk kebanyakan hari, menurut Khidmat Kaji Cuaca.

"Pada sesetengah hari itu, hujan lebat berserta guruh mungkin berlarutan hingga ke lewat petang. Hujan lebat beserta guruh itu mungkin lebat pada satu atau dua hari sedang angin berkumpul di kawasan sekeliling Singapura," ia menambah.

Para penduduk boleh menjangkakan "hujan lebat berserta guruh secara meluas" dan angin kencang antara waktu sebelum subuh dan sebelah pagi.

"Walaupun separuh kedua November 2021 dijangka tidak akan begitu banyak hari hujan seperti separuh pertama November yang pertama, keseluruhan jumlah hujan diramalkan melebihi purata di kebanyakan kawasan di Singapura," menurut Khidmat Kaji Cuaca.

Suhu harian dijangka berada di antara 24 darjah Selsius dengan 33 darjah Selsius untuk kebanyakan hari bagi keseluruhan November. Ia mungkin mencecah sekitar 34 darjah Selsius pada beberapa hari apabila litupan awan berkurangan.

Pada separuh pertama November, keadaan antara monsun dialami di merata Singapura.

Jumlah hujan sebanyak 118.2mm keseluruhan dicatat di Sembawang pada 4 November - iaitu jumlah hujan harian yang tertinggi dicatatkan bagi separuh pertama November tahun ini.

Suhu harian maksimum yang tertinggi iaitu 34.8 darjah Selsius dicatat di Paya Lebar pada 14 November. Dua hari lalu, suhu minimum di Newton mencecah serendah 22.1 darjah Selsius. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita