Hujan lebat berserta guruh diramal pada 2 minggu pertama Mei
Sediakan payung sebelum hujan lebih-lebih lagi apabila hujan lebat dijangkakan pada separuh pertama bulan Mei. Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) menerusi kenyataannya pada Selasa (30 Apr).
(Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Sediakan payung sebelum hujan lebih-lebih lagi apabila hujan lebat dijangkakan pada separuh pertama bulan Mei. Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) menerusi kenyataannya pada Selasa (30 Apr).
Cuaca juga diramal panas, kerana Mei adalah antara bulan terpanas dalam setahun.
Suhu harian bagi kebanyakan hari diramal antara 25 hingga 34 darjah Selsius.
Hujan lebat berserta guruh dijangkakan pada sebelah tengah hari selama empat hingga enam hari. Ia boleh berlarutan sehingga ke sebelah malam pada sesetengah hari.
Pada tiga atau lima hari semasa minggu kedua, angin dari Sumatera boleh membawa hujan lebat berserta guruh dengan angin kencang pada waktu subuh dan sebelah pagi.
Secara keseluruhannya, hujan bagi dua minggu seterusnya adalah normal di kebanyakan kawasan di Singapura, menurut makluman itu. Bulan Mei juga mempunyai jumlah hari dengan kilat yang disifatkan antara yang tertinggi sepanjang tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.