Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan ekstrem di SG: Apa kaitannya dengan perubahan iklim?

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Para pengkaji memerlukan lebih banyak data untuk menentukan peranan perubahan iklim dalam kejadian hujan ekstrem.

Ini sedang Singapura mencatat curahan hujan paling banyak dalam tempoh empat dekad bagi bulan Oktober.

Itulah yang sedang dilakukan sekumpulan saintis iklim di Pusat Penyelidikan Iklim Singapura (CCRS).

Ia adalah sebahagian daripada projek unjuran iklim nasional hingga ke hujung abad ke-21.
Gambar: EMILLIA AMIN
Dr Muhammad Eeqmal Hassim ialah sebahagian daripada pasukan kajian iklim nasional tersebut.

Bidang kepakaran beliau sebagai Saintis Penyelidikan Kanan di CCRS adalah fenomena cuaca ekstrem, khususnya ciri hujan dan bagaimana ia mungkin berubah di masa depan.

Ia semakin penting dengan model iklim mencadangkan kadar hujan ekstrem mungkin meningkat.

Ini berlaku sedang bumi semakin memanas, atmosfera menjadi lebih hangat dan mengandungi kadar kelembapan yang tinggi.

"Kita boleh jangkakan cuaca panas yang lebih hangat dan juga kadar hujan yang semakin meningkat pada masa hadapan disebabkan perubahan iklim. Namun demikian, kita tetap harus memahami peranan variasi semula jadi dalam membentuk iklim Singapura. Variasi purata yang berbilang dekad ini juga dapat dilihat dalam rekod hujan yang terpanjang di Singapura iaitu dari Macritchie yang bermula daripada tahun 1879," kata Dr Muhammad Eeqmal.

Rekod hujan tahunan di seluruh Singapura bagaimanapun tidak menjangkau tempoh sepanjang itu.

Data yang dirakam adalah daripada tahun 1980 iaitu hanya sejak 40 tahun lalu.

Ini antara keterbatasan yang dihadapi para pengkaji iklim.

Keragaman iklim dan cuaca yang ekstrem boleh disebabkan fenomena seperti La Nina dan musim tengkujuh yang membawa hujan lebih lebat.

Oleh itu, lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan dengan muktamad apakah peranan perubahan iklim dalam kejadian hujan ekstrem.

"Penemuan-penemuan itu dapat menyokong kajian-kajian seperti keselamatan pemakanan dan biodiversiti, kajian tentang sumber-sumber air dan ketahanan daripada banjir kilat dan juga memainkan peranan dalam kajian tentang kenaikan paras laut dan juga dalam kajian-kajian dalam bidang sektor tenaga misalnya," jelas Dr Muhammad Eeqmal.

Beliau dan pasukannya di CCRS kini sedang menjalankan kajian perubahan iklim nasional yang ketiga.

Ia akan membantu Singapura dalam mengawal kesan bahaya perubahan iklim dengan setepat mungkin.

Dapatannya akan dikeluarkan pada hujung tahun depan.
Sumber : BERITA Mediacorp/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan