Hujan diramal pada Rabu, risiko jerebu di SG 'rendah': NEA

(Gambar: CNA/Hidayah Salamat)
Angin sepoi-sepoi juga diramal pada Rabu.
Indeks Pencemaran Udara(PSI) bagi 24 jam akan datang diramalkan berada dalam julat sederhana, tambah NEA.
Mutu udara di Singapura menjadi teruk buat seketika pada pagi Selasa selepas dua hari dalam lingkungan baik, dengan bacaan PM2.5 setiap jam mencecah julat tinggi pada 11.00 pagi.
NEA menarik perhatian bahawa banyak kawasan dilanda hujan berserta guruh pada lewat pagi dan petang Selasa.
Setakat 11.00 malam, bacaan paras PM2.5 setiap jam kesemuanya berada dalam lingkungan normal.
PSI bagi 24 jam pula berada dalam lingkungan sederhana antara 60 dengan 85.
NEA menyatakan 15 tapak kebakaran dikesan pada Selasa, dengan sebahagian besarnya di bahagian selatan dan tengah pulau Sumatera, Indonesia.
Pada Sabtu (7 Okt), mutu udara di Singapura jatuh ke paras tidak sihat buat kali pertama sejak 2019, apabila angin membawa jerebu dari arah kebakaran hutan Indonesia.
Makluman NEA serta ramalan mutu udara boleh didapati di www.haze.gov.sg dan aplikasi myENV.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.