Skip to main content

Singapura

Hujan diramal berterusan sehingga hujung Nov

Hujan diramal akan terus berlarutan sehingga separuh kedua November, dengan suhu antara 24 darjah Selsius hingga 34 darjah Selsius, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan diramal berterusan sehingga hujung Nov

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Nov 2020 11:06PM Dikemas Kini : 16 Nov 2020 11:09PM

SINGAPURA: Hujan diramal akan terus berlarutan sehingga separuh kedua November, dengan suhu antara 24 darjah Selsius hingga 34 darjah Selsius, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (16 Nov).

Pada satu atau dua hari, suhu maksimum boleh mencecah sehingga 35 darjah Selsius, menurut MSS.

Hujan renyai jangka pendek hingga lebat berserta guruh boleh dijangkakan di beberapa bahagian di Singapura pada kebanyakan waktu tengah hari dengan hujan mungkin berlarutan sehingga ke sebelah petang pada sebilangan hari.

Hujan berserta guruh dan angin kencang boleh dijangkakan antara waktu sebelum subuh hingga awal pagi pada satu dua hari disebabkan oleh tiupan badai Sumatera.

"Jumlah hujan bagi November 2020 mungkin lebih tinggi daripada paras purata di banyak kawasan di Singapura," menurut MSS.

Suhu harian bagi dua minggu pertama November adalah antara 22.5 darjah Selsius hingga 34.9 darjah Selsius, dengan suhu paling tinggi dicatatkan pada 5 Nov di Clementi dan kemudian pada 12 Nov di Paya Lebar.

Suhu terendah sepanjang tempoh ini dicatatkan pada 2 Nov di Newton, mencecah 22.5 darjah Selsius.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita