Skip to main content

Singapura

Hujan diramal berkurangan pada separuh pertama Julai

Suhu maksimum boleh mencecah sehingga 35 darjah selsius

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan diramal berkurangan pada separuh pertama Julai

(Gambar hiasan: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 09:23PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 09:25PM

SINGAPURA: Cuaca lebih kering diramalkan sepanjang separuh pertama bulan Julai berbanding dua minggu lalu, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura, hari ini (2 Jul).

Jumlah keseluruhan hujan bagi dua minggu pertama bulan ini diramalkan kurang sedikit daripada paras biasa di kebanyakan kawasan di Singapura.

Cuaca diramalkan bertambah panas dengan suhu di antara 25 sehingga 34 darjah selsius.

Manakala, suhu maksimum boleh mencecah sehingga 35 darjah selsius pada beberapa hari.

Hujan berserta guruh dijangka pada sebelah pagi dan tengah hari sepanjang lima sehingga tujuh hari.

Sementara itu, hujan berserta guruh dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Singapura pada sebelah pagi untuk sehari dua.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita