Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hujan berserta guruh pada Selasa dijangka redakan kesan jerebu, mutu udara bertambah baik

Jarak penglihatan di beberapa bahagian Singapura merosot kepada antara tiga kilometer hingga lima kilometer pada pagi Isnin (23 Sep) akibat keadaan berjerebu dan kelembapan tinggi udara. Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan berserta guruh pada Selasa dijangka redakan kesan jerebu, mutu udara bertambah baik

Pemandangan sekitar kawasan Marina Bay Singapura pada 23 Sep 2019 di tengah-tengah keadaan berjerebu yang berlarutan.

Diterbitkan : 23 Sep 2019 10:52PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 10:53PM

SINGAPURA: Jarak penglihatan di beberapa bahagian Singapura merosot kepada antara tiga kilometer hingga lima kilometer pada pagi Isnin (23 Sep) akibat keadaan berjerebu dan kelembapan tinggi udara. Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Ia beransur pulih kepada tujuh kilometer hingga lapan kilometer di kebanyakan kawasan pada sebelah petang, tambah agensi berkenaan.

Mutu udara juga bertambah baik berbanding Ahad setelah hujan di merata negara dan kawasan laut sekitarnya memberi sedikit kelegaan daripada jerebu.

Pada jam 10.00 malam, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24-jam adalah 91 di bahagian utara, 95 di bahagian tengah, 98 di bahagian barat, 98 di bahagian timur dan 106 di bahagian selatan - kebanyakan dalam lingkungan sederhana.

Bacaan PSI 50 dan ke bawah menandakan mutu udara yang 'baik', 'sederhana' bagi 51-100 dan 'tidak sihat' antara 101-200.

Bacaan PM2.5 1-jam pada 10.00 malam tadi adalah antara 42-52 µg/m3, iaitu dalam lingkungan sederhana.

Hujan juga turun di bahagian utara dan selatan rantau ASEAN dengan angin bertiup dari hala timur laut atau timur, menurut NEA. Beberapa bahagian Sumatera juga dilanda hujan namun keadaan berjerebu berterusan di bahagian tengah dan selatan pulau tersebut.

Sebanyak 60 tompok panas dikesan di Sumatera, kebanyakannya di wilayah-wilayah Riau, Jambi dan Selatan Sumatera. Bilangan itu merosot dari 246 yang dikesan pada Ahad akibat awan yang menyelebungi Sumatera, tambah agensi berkenaan lagi.

Di Kalimantan, bagaimanapun, sejumlah 1,006 tompok panas dikesan.

"Hujan di merata barat Kalimantan membantu untuk menambah baik keadaan berjerebu di sini tetapi asap jerebu terus kelihatan di selatan Kalimantan," jelas NEA.

Pada Selasa (24 Sep), mutu udara dijangka bertambah baik kerana hujan diramalkan pada lewat pagi dan awal petang.

Untuk tempoh 24 jam berikutnya, menurut NEA, bacaan PM2.5 dijangka berada dalam lingkungan sederhana tetapi sekali-sekala boleh memasuki lingkungan lebih tinggi di bawah keadaan angin yang tidak kencang.

Agensi itu menambah PSI 24-jam diramalkan dalam lingkungan tidak sihat tahap rendah dan dijangka bertambah baik secara berperingkat kepada lingkungan sederhana tahap tinggi.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan