Hujan berserta guruh diramal sehingga hujung Ogos
Lebih banyak hujan berserta guruh dijangkakan sehingga hujung Ogos, menyusuli cuaca lebih kering pada separuh pertama Ogos, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat (14 Ogos).
(Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Lebih banyak hujan berserta guruh dijangkakan sehingga hujung Ogos, menyusuli cuaca lebih kering pada separuh pertama Ogos, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat (14 Ogos).
Semasa dua minggu terakhir Ogos ini, suhu harian diramalkan antara 25 dengan 33 darjah Selsius, dengan suhu maksimum boleh mencapai paras 34 darjah Selsius pada beberapa hari tertentu.
Menurut MSS lagi, keadaan panas dan lembab pada waktu malam juga boleh dijangkakan, dengan suhu paling rendah sekitar 28 darjah Selsius pada beberapa hari.
HUJAN MUSIM TENGKUJUH
Keadaan monsun barat daya akan berterusan sepanjang dua minggu akan datang, menurut agensi itu.
Hujan sederhana hingga lebat berserta guruh bagi tempoh yang sekejap juga boleh dijangkakan pada lewat pagi dan petang.
Keadaan itu mungkin berlarutan sehingga waktu malam pada beberapa hari.
Secara keseluruhan, hujan lebih kerap dijangkakan pada separuh kedua Ogos berbanding separuh pertama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.