Skip to main content

Singapura

Hujan berserta guruh diramal pada separuh pertama Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan berserta guruh diramal  pada separuh pertama Ogos

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Hujan bertempoh pendek berserta guruh dijangka berlaku di beberapa kawasan Singapura pada separuh pertama bulan Ogos, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (1 Ogos).

Dalam tinjauan setiap dua minggu, MSS menyatakan hujan berserta guruh mungkin berlaku antara waktu pagi dengan awal petang bagi kebanyakan hari.

Pertemuan angin kencang di Singapura dan rantau ini mungkin menyebabkan hujan sederhana hingga lebat berserta guruh pada satu atau dua hari.

"Badai Sumatera dari Selat Melaka mungkin menyebabkan hujan berserta guruh dan angin kencang sekali-sekala pada waktu fajar dan pagi pada beberapa hari," menurut MSS.

Jumlah hujan pada dua minggu pertama Ogos diramal lebih tinggi dari paras purata bagi kebanyakkan kawasan di Singapura.

Suhu cuaca harian dianggarkan antara 24 darjah Selsius dengan 33 darjah Selsius pada kebanyakan hari.

Bagi satu atau dua hari yang hujan, suhu cuaca harian paling rendah boleh jatuh kepada 23 darjah Selsius.

Bagi minggu kedua, suhu cuaca harian tertinggi boleh mencecah sehingga 34 darjah Selsius, menurut MSS.

Keadaan malam yang bahang dan lembab bagi beberapa hari dengan suhu cuaca sehingga 28 darjah Selsius, khususnya bagi di kawasan persisiran timur dan selatan negara.

CUACA PADA JULAI

Separuh kedua bulan Julai menerima lebih banyak hujan berbanding dua minggu pertama pertama.

Jumlah hujan sebanyak 56.8 mm dicatatkan di Jurong West pada 22 Jul dan merupakan jumlah harian tertinggi bagi bulan itu, menurut MSS.

Suhu harian tertinggi dicatatkan antara 31.1 dengan 35.8 darjah Selsius pada Julai dengan suhu tertinggi dicatatkan di Bendungan Marina pada 17 Jul.

Suhu paling rendah 21.6 darjah Selsius dicatatkan di Admiralty pada 20 Jul.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita