Hujan berserta guruh diramal pada separuh pertama Dis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP/Roslan RAHMAN)
SINGAPURA: Lebih banyak hujan beserta guruh dijangkakan di merata Singapura pada separuh pertama Disember, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Khamis (1 Dis).
"Dari segi klimatologi, Disember merupakan bulan yang paling kerap dilanda hujan setiap tahun," menurut MSS.
Hujan dalam tempoh singkat sehingga sederhana berserta guruh diramal di beberapa kawasan di Singapura pada waktu tengah hari bagi kebanyakan hari, dengan sekali-sekala mungkin berlarutan sehingga waktu petang.
Selain itu, Badai Sumatera mungkin menyebabkan hujan berserta guruh dan angin kencang sekali-sekala pada waktu pagi pada beberapa hari.
Jumlah hujan pada dua minggu pertama Disember diramal hampir paras purata bagi kebanyakan kawasan di Singapura, tambah MSS.
Suhu cuaca harian bagi tempoh ini dianggarkan antara 24 darjah Selsius dengan 33 darjah Selsius.
"Meskipun hujan berserta guruh dijangka berlaku pada kebanyakan hari, suhu cuaca harian tertinggi boleh mencecah sehingga 34 darjah Selsius pada beberapa hari," tambah MSS.
CUACA PADA NOVEMBER
November menyaksikan hujan berserta guruh dan angin kencang berlaku secara meluas antara waktu fajar dengan pagi pada kebanyakan hari menyusuli perkembangan di angin kencang Sumatera.
Hujan berserta guruh turut melanda Singapura pada beberapa hari pada waktu tengah hari dan malam.
Jumlah hujan sebanyak 157.2 mm dicatatkan di kawasan Jurong West pada 14 November dan merupakan jumlah harian tertinggi bagi bulan itu.
Suhu harian tertinggi dicatatkan di bawah 33 darjah Selsius pada kebanyakan hari disebabkan cuaca hujan. Namun, ia juga menyaksikan suhu harian tertinggi menjangkaui 34 darjah Selsius selama tempoh lima hari pada bulan itu.
Suhu paling rendah 21.8 darjah Selsius dicatatkan di kawasan Jurong pada 5 November.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.