Skip to main content

Singapura

Hujan berserta guruh diramal hingga hujung bulan Jun

SINGAPURA: Cuaca lembap dijangka berterusan sehingga hujung bulan Jun, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Selasa (16 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan berserta guruh diramal hingga hujung bulan Jun

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 Jun 2020 08:50AM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 10:41AM

SINGAPURA: Cuaca lembap dijangka berterusan sehingga hujung bulan Jun, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Selasa (16 Jun).

Dalam makluman dwimingguan MSS, jabatan tersebut menyatakan bahawa hujan berserta guruh boleh dijangkakan pada kebanyakan hari. "Ini boleh menurunkan sedikit suhu panas yang dialami sejak beberapa minggu kebelakangan ini," tambah kenyataan tersebut.

Suhu harian bagi kebanyakan hari dijangkakan antara 25 darjah Selsius hingga 33 darjah Selsius, dengan suhu tertinggi mungkin mencecah 34 darjah Selsius pada beberapa hari yang lebih panas.

"Pada kebanyakan hari dalam masa dua minggu akan datang, hujan renyai hingga hujan lebat berserta guruh boleh dijangkakan antara lewat pagi hingga awal tengah hari. Hujan juga dijangkakan pada lewat petang bagi tempoh selama beberapa hari," menurut MSS.

Hujan berserta guruh mungkin berlaku pada sebelah malam bagi sebilangan hari yang disebabkan oleh pertembungan angin di kawasan sekeliling.

Sekitar waktu subuh dan pagi bagi dua atau tiga hari, hujan berserta guruh dengan angin kencang diramalkan di merata negara disebabkan oleh ribut dan angin kencang yang melanda Sumatera, tambah jabatan itu.

Secara keseluruhannya, jumlah hujan untuk bulan ini dijangka lebih tinggi daripada paras purata bagi banyak bahagian di Singapura. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita