Hujan berserta guruh diramal berterusan sepanjang Ogos
Singapura boleh menjangkakan hujan lebih kerap sehingga hujung bulan Ogos, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (16 Ogos) berdasarkan ramalan cuaca bagi tempoh setiap dua minggu.

Seseorang menggunakan payung semasa hujan di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Singapura boleh menjangkakan hujan lebih kerap sehingga hujung bulan Ogos, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (16 Ogos) berdasarkan ramalan cuaca bagi tempoh setiap dua minggu.
Menurut MSS, suhu harian diramalkan mencecah serendah 24 darjah Selsius.
Hujan berserta guruh sekejap-sekejap dijangkakan pada sebelah tengah hari pada kebanyakan hari dan ia mungkin berlarutan sehingga ke lewat petang sedang keadaan monsun barat daya berterusan.
Selain itu, hujan sederhana hingga lebat dijangkakan dalam masa beberapa hari disebabkan oleh penumpuan angin skala besar di rantau ini.
Secara keseluruhannya, jumlah hujan bagi bulan ini diramalkan melepasi purata bagi sebahagian besar kawasan di Singapura, menurut MSS.
Walaupun hujan dijangka melanda, suhu maksimum harian masih boleh mencecah sekitar 34 darjah Selsius pada beberapa hari. Suhu harian dijangka antara 24 darjah Selsius dengan 33 darjah Selsius.
HUJAN KEMBALI MELANDA PADA OGOS
Dua minggu pertama bulan Ogos lebih kerap dilanda hujan berbanding dua minggu sebelum itu.
Suhu harian paling rendah iaitu 21.9 darjah Selsius dicatatkan di Pulau Ubin pada 3 Ogos.
Suhu harian setinggi 34.9 darjah Selsius dicatatkan di Bendungan Marina pada hari yang sama.
Lebih separuh daripada seluruh kawasan pulau ini mencatatkan jumlah hujan melebihi paras purata pada dua minggu pertama bulan Ogos, dengan sebahagian besar daripada hujan melanda bahagian barat Singapura.
Anomali tertinggi iaitu 128 peratus melebihi paras purata dicatatkan di Jurong West manakala anomali terendah pula dicatatkan di Yio Chu Kang pada paras 37 peratus di bawah paras purata, menurut MSS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.