'Hujan berlarutan' dijangka dari 17 hingga 19 Jan akibat satu lagi lonjakan monsun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/PUB)
SINGAPURA: Air pasang dan hujan lebat diramalkan di Singapura pada hujung minggu ini dengan satu lagi fenomena lonjakan monsoon dijangkakan dari Jumaat (17 Jan) hingga Ahad (19 Jan), kata agensi air negara PUB pada Khamis.
"Dengan satu lagi lonjakan monsun dijangkakan pada hujung minggu ini, Singapura mungkin mengalami lagi hujan yang berterusan lagi," tulis PUB dalam catatan di Facebook.
"Air pasang setinggi 3.2 meter juga dijangkakan pada tempoh ini, yang mungkin menyebabkan paras air yang tinggi di terusan pantai kita.”
Air pasang dan hujan lebat semasa lonjakan monsun itu juga mungkin menyebabkan kawasan dekat persisiran pantai berisiko mengalami banjir, tambahnya.
PUB akan memantau keadaan dengan rapi dan mengeluarkan amaran banjir jika diperlu.
"Pasukan Tindak Balas Pantas (QRT) kami akan bersiap sedia untuk dikerah ke kawasan berisiko tinggi berlaku banjir untuk menguruskan sebarang insiden banjir dan membantu masyarakat yang terjejas, termasuk membantu penduduk dan pemilik perniagaan di kawasan mudah banjir bagi melakukan langkah-langkah perlindungan banjir," tambah PUB.
"Nasihat kami kepada orang ramai ialah periksa risiko banjir, daftar amaran banjir percuma dan ikut perkembangan tentang keadaan terkini dengan memuat turun aplikasi myENV atau melanggani saluran PUB Flood Alerts di Telegram."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.