Hujan akan berterusan hingga separuh kedua Nov
Keadaan cuaca hujan dijangka akan berlarutan hingga separuh kedua November sedang fasa peralihan monsun berterusan.
Gambar fail.
SINGAPURA: Keadaan cuaca hujan dijangka akan berlarutan hingga separuh kedua November sedang fasa peralihan monsun berterusan.
Bagaimanapun, hujan dijangka berkurangan berbanding separuh pertama bulan November, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura pada Jumaat (16 Nov).
Hujan sederhana hingga lebat berserta guruh dijangkakan sekali-sekala lima hingga tujuh hari, kebanyakannya pada waktu petang. Pada hari-hari tersebut, hujan mungkin berlarutan hingga waktu malam.
Pada tiga atau empat hari, hujan lebat beserta guruh dan angin kencang dijangkakan di banyak kawasan pada sebelah pagi.
Ini disebabkan oleh angin kencang Sumatra yang menuju ke Singapura dari Selat Melaka.
Suhu harian bagi separuh kedua November diramalkan antara 24 hingga 33 darjah Selsius pada kebanyakan hari. Namun cuaca mungkin lebih panas untuk beberapa hari, dengan suhu harian maksimum mencecah 34 darjah Selsius.
Pada separuh pertama November, sekitar tiga suku Singapura menerima "curahan hujan lebih tinggi berbanding jumlah purata", menurut Khidmat Kaji Cuaca.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.