Hujan air batu dilaporkan di Ang Mo Kio, Seletar semasa hujan lebat
Fenomena hujan air batu dilaporkan di beberapa kawasan di Singapura petang tadi (30 Jan) di tengah-tengah hujan lebat yang melanda utara negara.
Petikan dari video yang menunjukkan ketulan air batu. (Gambar: Michael Wong/ Facebook)
SINGAPURA: Fenomena hujan air batu dilaporkan di beberapa kawasan di Singapura petang tadi (30 Jan) di tengah-tengah hujan lebat yang melanda utara negara.
Video yang dimuat naik pengguna media sosial menunjukkan hujan air batu di kawasan seperti Politeknik Nanyang dan Seletar Country Club.
Seorang pengguna Facebook juga dilihat mengutip beberapa ketulan air batu, sebesar hujung jarinya.
(Gambar: Channel NewsAsia/ Facebook)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.