Skip to main content

Singapura

Hubungan SG-Poland: Grace Fu galak syarikat teroka peluang di kedua-dua negara

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Jun 2025 12:04AM Dikemas Kini : 14 Jun 2025 12:05AM
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan Grace Fu berkata, syarikat-syarikat Poland boleh meneroka peluang di Singapura sedang kedua-dua negara ingin menjalin hubungan yang lebih erat.

Cik Fu menambah, Singapura kekal sebagai rakan yang boleh dipercayai di tengah-tengah persekitaran global yang bergolak.

Beliau berkata demikian di satu forum perniagaan yang dianjurkan sempena lawatan Presiden Poland ke Singapura.

Menurut mereka berdua, adalah penting bagi negara-negara sehaluan seperti Singapura dan Poland, mencipta peluang untuk terus berkembang.

"Mewujudkan wadah baharu untuk pertumbuhan dan inovasi merupakan satu lagi kaedah penting ke arah kejayaan ekonomi.

"Singapura dan Poland mempunyai kekuatan dan keperluan yang saling melengkapi dalam sektor seperti makanan dan teknologi digital, sekali gus membuka ruang untuk kerjasama baharu," kata Cik Fu.
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita