Skip to main content

Singapura

Hubungan SG-China tidak terjejas susuli tindakan serius politik diambil atas ucapan tahniah kepada Presiden Taiwan: MFA

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan SG-China tidak terjejas susuli tindakan serius politik diambil atas ucapan tahniah kepada Presiden Taiwan: MFA
Diterbitkan : 05 Feb 2024 11:48PM Dikemas Kini : 06 Feb 2024 12:22AM
SINGAPURA: Hubungan "kukuh dan mendalam" Singapura dengan China tidak terjejas.

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menekankan demikian pada Isnin (5 Feb) selepas China mengambil "tindakan serius politik" terhadap Singapura atas ucapan tahniah yang disampaikan kepada William Lai Ching-te dari Taiwan.

Dalam jawapan bertulisnya kepada soalan parlimen yang diajukan Anggota Parlimen (AP) Dennis Tan (WP-Hougang) mengenai hubungan antara kedua-dua negara itu, Dr Balakrishnan berkata: "Singapura didekati orang China, dan kami mengulangi pendekatan kami yang kukuh buat sekian lamanya dan dasar 'Satu China'.

"Hubungan kukuh dan mendalam kami dengan China tidak terjejas, dan pelibatan kami dengan China telah diteruskan."
Pada 14 Jan, Singapura menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr Lai setelah beliau memenangi Pilihan Raya Presiden Taiwan bagi Parti Progresif Demokratik (DPP).

Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menyatakan pada ketika itu bahawa Singapura berkongsi "hubungan mesra yang sudah lama terjalin dan kita akan terus mengembangkan hubungan ini berdasarkan dasar 'Satu China Singapura'."

Jurucakap MFA itu berkata bahawa Singapura secara konsisten menyokong pembangunan hubungan yang damai antara China dengan Taiwan.

China menyelar negara-negara yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr Lai atas kemenangannya, termasuk Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan beberapa negara Eropah.

Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata di satu sidang media bahawa China telah "segera mengambil tindakan serius politik ke atas Singapura".

"Pemimpin Singapura menyatakan pada beberapa ketika bahawa soalan mengenai Taiwan adalah 'garis merah yang jelas' bagi China," tambah beliau.

"China menghargai kenyataan ini dan berharap Singapura akan mematuhi prinsip Satu China dengan tegas dan menegakkan hubungan muhibah keseluruhannya antara China dengan Singapura, dengan melaksanakan tindakan kukuh."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita