Hubungan SG-Afrika Selatan semakin kukuh & kerjasama bertambah luas, kata PM Lee
CAPE TOWN: Perdana Menteri Lee Hsien Loong memulakan lawatan rasmi enam hari ke Afrika Selatan dan Kenya pada Ahad (14 Mei).
PM Lee disambut oleh Menteri Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan Naledi Pandor di Cape Town.
"Tahun ini, Singapura dan Afrika Selatan akan meraikan hubungan diplomatik selama 30 tahun. Kerjasama antara kedua-dua negara kami bertambah kukuh sejak lawatan PM Lee Kuan Yew ke Afrika Selatan pada 1992 dan lawatan Presiden Nelson Mandela ke Singapura pada 1997," kata PM Lee dalam hantarannya ke Facebook pada Ahad.
Semasa lawatannya ini, PM Lee dijadual bertemu dengan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.
Mereka bakal membincangkan cara untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.